Tuesday, March 25, 2014

MIMPI BERKENAAN MH370 (sekadar bahan bacaan)

Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.
Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.
Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.
Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……
Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.
Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..
Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.
Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.
Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.
“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”
Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.
Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.
Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.
Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.
Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. - USTAZ DARUL MANZIL

SUMBER






Baca Selanjutnya

Sunday, September 30, 2012

PERINGATAN & PERHATIAN Buat Bakal Jemaah Haji

  LANGKAH BERJAGA-JAGA DI TANAH SUCI: Jutaan jemaah yang bakal membanjiri Makkah dan Madinah semasa musim haji bulan depan dikhuatiri akan memudahkan penularan virus baru seakan Sars. Oleh itu Arab Saudi telah mengambil langkah pencegahan, termasuk pemantauan di pintu masuk darat, laut dan udara bagi mengawasi jemaah dan mengambil sampel jika mereka menunjukkan simptom jangkitan, serta menasihat jemaah memakai pelitup semasa di kawasan ramai orang, sebagaimana dilakukan semasa wabak Sars dulu.


 PARA saintis kini berdepan dengan misteri perubatan melibatkan penemuan virus baru seakan-akan Sars di Arab Saudi.

Sejauh ini, dua pesakit dikenal pasti dijangkiti virus baru dari jenis koronavirus itu. Seorang daripada mereka meninggal dunia Jun lalu. Pesakit berusia 60 tahun itu berasal dari Arab Saudi.
Yang terbaru, seorang pesakit lelaki dari Qatar berusia 49 tahun dipindahkan ke Britain untuk mendapatkan rawatan bagi jangkitan virus baru itu pada 11 September lalu.
Beliau, yang dikatakan telah melawat Arab Saudi, kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Virus baru itu daripada keluarga virus yang menyebabkan selesema biasa dan penyakit Sars, yang membunuh sekitar 800 orang, kebanyakannya di Asia, dalam wabak yang berlaku pada 2002.
Buat masa ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak menyarankan sebarang sekatan perjalanan, sedang sumber jangkitan belum diketahui.
Namun, keadaan itu masih menimbulkan kebimbangan kerana ia berlaku menjelang musim haji, apabila berjuta Muslim dari seluruh dunia berkumpul di Arab Saudi.
Simptom virus baru
Virus baru ini dikenal pasti dan dilaporkan kali pertama oleh Dr Ali Mohamed Zaki dari Hospital Dr Soliman Fakeeh di Arab Saudi.
 
Dr Zaki dikatakan telah mengambil sampel virus dari paru-paru pesakit Arab Saudi itu sebelum beliau meninggal dunia.
Apabila mendapati ia satu virus baru, Dr Zaki menghantar sampel itu kepada penyelidik virus koronavirus terkemuka, Dr Ron Fouchier, di Pusat Perubatan Universiti Erasmus di Rotterdam, Belanda, bagi disahkan.
Para penyelidik di Britain turut menghantar sampel virus dari pesakit dari Qatar ke Belanda untuk disahkan.
Dr Fouchier mendapati virus dari dua pesakit itu 99.5 peratus serupa, lapor CNN.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bagaimanapun, tidak percaya kes terbaru itu ada kaitan di antara satu sama lain.
Di peringkat molekular, virus baru ini didapati menyerupai virus Sars, yang dikesan kali pertama di wilayah Guangdong, China, pada 2002 dan menjejas lebih 30 negara di serata dunia, termasuk Singapura.
Jurucakap WHO, Encik Gregory Hartl, ditukil oleh agensi berita AFP sebagai berkata virus baru itu mempunyai ciri berbeza daripada virus Sars.
Pesakit yang dijangkiti Sars mengalami demam, batuk dan masalah pneumonia teruk, sementara pesakit virus baru ini mengalami tiga penyakit itu serta kerosakan ginjal.
Selain itu, orang yang berhubungan rapat dengan pesakit virus baru itu, seperti anggota keluarga dan kakitangan perubatan, didapati tidak dijangkiti virus tersebut.
Ini berbeza daraipada virus Sars yang mudah dijangkiti melalui udara - apabila orang yang membawa virus itu batuk atau bersin ke udara serta terpegang cecair daripada pesakit yang telah terkena virus itu.
"Tiada bukti sejauh ini bahawa virus ini mudah dijangkiti," kata Dr William Schaffner, pengerusi Jabatan Perubatan Pencegahan di Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt di Amerika Syarikat.
Seorang pakar selesema dari Universiti Minnesota, Amerika, Encik Michael Osterholm, ditukil oleh agensi berita AP sebagai berkata: "Kita tidak tahu sama ada ini akan menjadi satu lagi wabak seperti Sars atau virus ini akan lenyap begitu saja."
Buat masa ini, virus baru itu masih dipantau para saintis memandangkan banyak yang belum diketahui mengenainya.
"Kita juga tidak tahu apakah virus ini boleh menyebabkan jangkitan kurang serius juga. Kita tidak tahu sama ada ia melibatkan hanya dua kes atau dua daripada dua juta kes (yang lainnya jangkitan kurang serius)," kata Encik Hartl.
 
WHO lantas telah memberi arahan kepada doktor di serata dunia agar lebih awas bagi mengesan jangkitan virus baru ini.
Punca jangkitan
Setakat ini, doktor mengesahkan pesakit menjangkiti virus baru itu melalui kontak dengan haiwan.
Siasatan awal menunjukkan virus serupa itu turut dibawa oleh kelawar.
Tiada bukti menunjukkan virus itu menular dari manusia ke manusia, kata Encik Hartl.
Pesakit dari Qatar itu dilaporkan ada kontak dekat dengan unta dan kambing semasa berada di Arab Saudi.
Pada 2002, punca jangkitan Sars dikaitkan dengan musang.
Virus baru ini dikatakan mungkin hasil mutasi virus sedia ada. Ia mungkin jangkitan yang bermula di kalangan haiwan dan kini telah berpindah kepada manusia.
Para doktor tidak tahu apa rawatan terbaik bagi mereka yang dijangkiti virus baru ini.
Mereka yang mengalami simptom serius perlu dimasukkan ke unit jagaan rapi di hospital bagi membantu mereka bernafas.
Sejauh ini, tiada vaksin bagi mengubat virus baru ini. Namun, virus jenis koronavirus biasanya tidak dapat bertahan lama di udara.
Di luar tubuh manusia, ia biasanya hanya boleh hidup selama sehari dan mudah dilenyapkan menggunakan sabun pencuci biasa.
Langkah pencegahan  
Sekatan perjalanan belum dikeluarkan oleh WHO.
Mereka yang khuatir dijangkiti boleh melindungi diri dengan mengamalkan kebersihan dengan kerap mencuci tangan dan membersihkan permukaan yang boleh membawa virus.
Pihak berkuasa Arab Saudi berkata musim haji yang bermula bulan depan mungkin memberi lebih banyak peluang bagi virus itu merebak.
Tahun lalu, sekitar dua juta jemaah dari 160 negara mengerjakan ibadah haji. Mereka tiba melalui pesawat, kapal dan kenderaan darat.
Timbalan Menteri bagi Kesihatan Awam Arab Saudi, Encik Ziad Memish, berkata kepada agensi berita Reuters: "Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah pencegahan bagi menangani kedatangan lebih dua juta jemaah haji.
"Langkah-langkah ini termasuk pemantauan pintu masuk darat, laut dan udara untuk mengawasi jemaah yang datang dan mengambil sampel jika mereka menunjukkan simptom jangkitan."
Pada 2009, Arab Saudi memasang kamera pengimbas haba bagi memeriksa jemaah haji dari negara-negara yang pernah dilanda wabak flu H1N1.
Bagaimanapun, kamera pengimbas haba itu tidak akan digunakan tahun ini, kata Encik Memish.
Jemaah dinasihatkan supaya memastikan tangan mereka sentiasa bersih dan memakai pelitup serta menukarnya apabila berada di tempat ramai orang.
Pada masa sama, jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Encik Khaled Al-Mirghalani, menegaskan jangkitan virus baru itu merupakan kes terpencil.
"Tiada perubahan bagi syarat- syarat yang dikenakan oleh Kementerian Kesihatan kepada jemaah," katanya, sebagaimana ditukil agensi berita AFP.
Beliau menambah bahawa tahun ini kerajaan Arab Saudi menumpukan perhatian pada pencegahan penularan demam kuning, meningitis, selesema biasa, polio dan keracunan makanan di kalangan jemaah.
Jemaah disyaratkan supaya mendapatkan suntikan vaksin yang ditetapkan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tiba di Madinah dan Makkah.
Menurut Encik Mirghalani, kerajaan Arab Saudi telah menetapkan vaksin wajib berdasarkan penyakit yang dilaporkan di negara masing- masing.
Bagi jemaah yang telah menjejakkan kaki di tanah suci, hidup atau mati tentunya diserahkan sepenuhnya kepada Tuhan.
"Bagaimanapun, orang ramai harus sedar tentang kewujudannya (virus baru) dan mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan jangkitan," kata seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan Arab Saudi yang ditukil Arab News.
 
 
 
Baca Selanjutnya

Friday, April 6, 2012

Lelaki Paling Cun Dari Thailand

Disebalik kecantikan yang luar biasa tersebut, sebenarnya Nong Poy adalah seorang lelaki yang melakukan pembedahan kelamin pada usia 17 tahun.


"Wanita" transgender kelahiran 1984 ini mempunyai tinggi 171cm, saiz badan: 33-24-36 dan massa: 48 kg. Jiwa kewanitaannya sudah mula ia rasakan sejak dia duduk di bangku Sekolah. Ia merasa dirinya lebih sesuai memiliki tubuh wanita dan dia sudah bermimpi untuk menjadi seorang perempuan tetapi di hadapan orang tuanya dia bersikap seperti anak lelaki.Kerana dia merasa risih dengan 'organ' lelakinya dia melakukan pembedahan pada umur 17 tahun.




Pada awalnya dia sangat takut akan operasi tersebut, tetapi setelah berunding dengan ramai doktor akhirnya dia memutuskan untuk melakukan pembedahan. Proses pembedahan sangat menyakitkan bagi Poy. Dia mengalami sakit yang luar biasa tapi demi cita-citanya menjadi seorang perempuan, dia seolah-olah tidak peduli dengan rasa sakitnya pada saat itu.Setelah dia berubah menjadi 'wanita' rasa sakit itu dianggapnyasebagai bayaran yang setimpal.

Dua tahun pembedahan, Nong Poy berjaya memenangi pertandingan kecantikan 'Miss Tiffany' ketika dia berumur 19tahun. Pada tahun yang sama, Nong Poy menjadi MissInternational Queen (lady-boy) 2004. Ia semakin dihargai tidak semata kerana prestasi antarabangsa yang ia raih. Namun,kecantikan (wajah) ia peroleh berlaku secara semulajadi pasca operasi dan terapi hormon. Tidak seperti wanita trasgender lain,Nong Poy tidak melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.Ia hanya melakukan operasi pada tubuhnya dan menggantikan kelaminnya menjadi wanita.



Nong Poy sebelum menukar jantina


Baca Selanjutnya

Melayu Boleh: Bertudung Yang Menggiurkan










Gadis Melayu kini ramai yang bertudung berbanding dengan dulu. Satu perkembangan yang bagus demi menjaga siasah rupa diri supaya lebih mencerminkan peribadi seorang Islam. Dulu ke sekolah pun kita memakai uniform yang “diwarisi” dari penjajah British. Maka yang lelaki berseluar pendek dan yang perempuan pula dengan gaun pendek. Mulai 1990-an uniform sekolah telah bertukar kepada seluar panjang bagi lelaki dan baju kurung dan bertudung untuk perempuan. Kemas dan sopan.


Tetapi pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa ?”

1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut !

2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.
3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai

Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.
4. Bertepuk bertampar dengan lelaki

Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?

5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai
Ini antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri.

Baca Selanjutnya

'Melayu Hampas' Senang Diperbodohkan


Betulkah orang Melayu cerdik ada di luar negara? Yang tinggal di dalam negara ini adalah majoriti Melayu hampas saja? Bagi saya, ya!

Sebab itu, bila kita sebut agenda perubahan seperti pendidikan percuma. Ramai yang tolak dan tidak bersetuju. Katanya negara akan bankrap jika pendidikan percuma dilaksanakan.

Orang Melayu hampas ini, senang untuk diperbodohkan. Mereka mengaku diri mereka Islam. Masa zaman kesultanan Melayu Melaka dahulu, pendidikan diberi percuma. Zaman para anbia' juga pendidikan diberikan percuma. Kalau empayar kerajaan Islam bankrap, tentu masyarakat Melayu masih menyembah Rama, Krishna, Surya dan lain-lain Tuhan Hindu. Pendidikan percuma telah menguatkan empayar kerajaan Islam sehingga agama Islam tersebar luas hingga ke Tanah Melayu.


Kalau masih tak faham atau tak nampak sikap Melayu hampas ini, silalah lihat hal minyak petrol. Kita ada RON95 dan RON97. Jika ikutkan kualiti, saya pilih RON97. Memang dari segi harga ia mahal. Tapi untuk Melayu hampas ini, mereka pilih RON95 kerana ia murah. Ia juga merupakan hadiah daripada Najib yang 1Malaysia itu. Nampak tak? Melayu hampas memilih petrol berkualiti hampas dan tidak protes kenaikan harga RON97. Sebab orang Melayu hampas berfikiran murahan, ikat perut, ala kadar dan sikap 'tak apalah'. Saya difahamkan oleh juruwang di stesen minyak, bahawa 80% pengunjung stesen minyaknya membeli minyak RON95.

Saya ke Singapura kerana saya mahu menjadi Melayu yang maju. Punya wang untuk menyara diri dan beli barang berkualiti.Bukan duduk Malaysia untuk menyeksa diri dengan produk ciplak dari China dan produk second hand Jepun.

Untuk memahami sesebuah negara itu, adalah sangat mudah. Nak faham Malaysia? Lihat saja pada pemimpinnya. Tak mahukah anda lihat pada pemimpin anda? Wajarkah untuk kita lihat sebuah syarikat itu dengan hanya melihat bosnya? Pada saya wajar. Kerana pemimpin atau bos itulah yang memegang keputusan dan masadepan negara atau pun syarikat itu.



Kadang-kadang memang dah hakikat sesebuah negara itu memerlukan malapetaka yang lebih besar untuk mengajak masyarakat di dalamnya insaf dan pandang kepada agenda perubahan. Contohnya, Myanmar. Mungkin Myanmar sukar untuk diubah jika tak berlaku pembunuhan beramai-ramai hingga ada gambar yang memaparkan sami-sami Buddha mati bergelimpangan akibat ditembak tentera yang dipimpin oleh junta (ketua) tentera yang zalim. Hari ini Aung San Suu Kyi telah menang pilihanraya di Myanmar, apabila partinya memenangi 43 kerusi daripada 44 kerusi yang dipertandingkan. Manakala kita masih menghitung hari. Saya takkan terkejut kalau ekonomi Myanmar akan mendahului Malaysia dalam 5-7 tahun akan datang.


Malaysia bagi saya, merupakan sebuah negara yang hanya layak untuk diduduki oleh kroni atau pun kaki ampu kepada orang kaya. Jika anda orang miskin, bantuan akan sampai di waktu pilihanraya umum. Nah! Jika anda selesa begitu, bagaimana pula dengan rakyat kelas pertengahan? Siapa yang peduli dengan kelas yang bukan bawah dan bukan atas ini?

Saya rasa hanya Singapura yang peduli. Sebab itu saya ke Singapura. Negara ini menawarkan kerja kuli yang bergaji RM1,900 hingga RM3,300. Tempat tinggal percuma, makanan murah dan hanya perlu jalan kaki ke tempat kerja. Tak perlu pilih RON lama atau baru. MRT boleh bawa anda hingga ke Joo Koon atau hingga ke Changi dengan caj yang amat berpatutan.

Mungkin ada satu-dua Melayu hampas tadi, yang baru kahwin dah mula nampak apa yang tak kena dengan negara ini. Khususnya dalam hal kenaikan harga barang dan soal keselamatan. Takut anak kena culik untuk dirogol dan kemudian dibakar. Melayu hampas yang bujang-bujang yang lain masih gembira menghirup Teh Tarik atau ABC dan makan Roti Canai atau Nasi Ayam. Sangat selesa dan serba bersyukur.

Semua masalah disapu kemas ke bawah karpet. Inilah perumpamaan yang boleh kita beri di atas tindakan media yang suka memperbodohkan rakyat dengan memutarbelitkan isu semasa dan mensensasikan hiburan lebih daripada isu semasa.

Jangan merungut jika satu hari nanti, Melayu cerdik akan menguasai Melayu hampas ini melalui pembelian hartanah. Sebab nak masuk politik, sistem pilihanraya pun tak adil. Nak protes pun kena tangkap dan dicederakan. Akhirnya, jalan yang paling realistik bukan jalanraya, tetapi wang.

Mengakulah, bahawa polis kita boleh dibeli, ahli politik kita boleh dibeli, mahkamah kita boleh dibeli, sijil Halal JAKIM kita boleh dibeli dan lain-lain. Takkanlah hartanah tidak boleh dibeli juga?

Orang tua-tua kata, politik itu mesti ada tanah dan air. Sebab itu mereka panggil 'politik tanah air'. Kalau saya beli tanah-tanah Melayu hampas dari Singapura dengan duit dolar? Melayu hampas ini kita humbankan mereka ke dalam air. Tatkala itu polis FRU akan bantu kita untuk mengosongkan tanah Melayu hampas yang bakal dibeli itu.

-Sumber-
Baca Selanjutnya

Bekas OCPD Dedah Pengkhianatan UMNO Kepada Negara

Tukang Basuh Pinggan Kedai Mamak Pun Boleh Jadi Warganegara!



DUNGUN – Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar berkata beliau masuk PAS kerana PAS adalah parti yang sah di sisi undang-undang Negara kerana PAS berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS).

Selain itu, katanya, beliau menyertai PAS kerana parti itu dipimpin oleh tokoh-tokoh ulamak yang ingin membawa Negara ini kepada pemerintahan Islam.“saya masuk PAS kerana PAS bukan parti ‘haram’ dan PAS di pimpin oleh tokoh-tokoh yang berpendidikan Islam, mempunyai maruah,

“bukan seperti mana parti ‘Melayu’ disebelah sana (Umno), yang kebanyakkan tokoh-tokoh dan kepimpinan tinggi mereka terlibat dengan pelbagai skandal,”ujanya.

Haji Abdullah berkata PAS bkan parti haram, yang haram hanya dua, parti komunis dan parti buruh].Beliau berkata demikian dalam Majlis Penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang di Kampung Pak Sabah, dekat sini, pada Selasa 24 Januari.

Beliau menyifatkan Umno parti pengkhianat kerana membawa masuk warga asing, diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara.Katanya, ‘pendatang haram’ tersebut menjadi pengundi dan menyebabkan kerajaan Terengganu jatuh dalam pilihanraya ke 11 pada tahun 2004.

“sebelum pilihanraya 2004, mereka (Umno) bawa 2,000 orang Myanmar bangsa Rohingya yang boleh bercakap Melayu, yang rupa mereka pun lebih kurang muka kita, “melalui Langkawi pergi ke Ladang Seri Bandi (DUN Kijal Terengganu), mereka di beri kerja dengan gaji RM18 sehari, diberi kad pengenalan, jadi pengundi yang jatuhkan kerajaan PAS pada tahun 2004,”jelasnya.

Menurutnya, ‘modus operandi’ yang sama telah dilakukan Umno pada tahun 2008 membawa masuk warga asing yang sama ke dalam parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi Perdana menteri, dato’ Seri Najib Razak.


Sebaliknya suatu masa dulu, kata beliau, sewaktu masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, sesiapa yang mahu memohon menjadi warganegara Malaysia mestilah dikalangan mereka yang ‘profesional’. Namun sekarang, menurutnya, kerana pengkhianatan Umno kepada Negara, pekerja basuh pinggan di kedai mamak pun boleh menjadi warganegara Malaysia.

Turut menyampaikan ucapan dalam Majlis tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ustaz Kamaruzzaman, Naib YDP Dungun Ustaz Azman Shapawi dan Pengerusi WARIS Ustaz Roslan Ismail.

SUMBER
Baca Selanjutnya

Thursday, April 5, 2012

Antara 10 Alasan Suami Bila Kantoi Ada Skandal


Pasangan Curang adalah hal yang paling tidak di sukai semua pasangan yang sedang memadu kasih.Jom kita lihat Ucapan suami ketika dia sedang curang.

1. Dia hanya teman
Pasti kamu sangat bosan sekali ketika pasangan kamu asyik menelefon seorang wanita dengan nada yang mesra ketika kamu bertanya siapa dia dan suami kamu menjawab dia hanya sekadar teman biasa

2. Hargai privasi saya. Jangan sentuh handset saya.
Jika kamu ingin menyentuh handset pasangan kamu dan dia berkata jangan sentuh handset saya,” Hargai privasi saya” maka sudah pasti dia ada hubungan dengan wanita lain boleh jadi di dalam hp miliknya terdapat sms mesra atau foto foto kekasih curanganya.

3. Kamu bercurang di belakangku, ya?
Suami yang curang kadang mudah sekali menuduh pasangan wanitanya curang kenapa ini boleh terjadi? Para suami berpikir kalau saya curang pasti pasangan saya juga akan curang.

4. Kamu bukan wanita yang tepat untuk saya
Suami pada umumnya tidak akan curang jika sudah mendapatkan pasangan yang sudah tepat untuk dirinya jika pasangan kamu mengatakan kalau kamu bukan lah wanita yang tepat untuknya sudah pasti pasangan kamu sudah memiliki kekasih hati lain yang mungkin diangap lebih tepat untuknya.

5. Aku boleh mencuci pakaian sendiri
Kamu boleh curiga kalau biasa pasangan kamu selau meminta kamu untuk mencucikan bajunya dan suatu saat dia sudah tidak mau meminta untuk di cucikan bajunya sudah pasti pasangan kamu menghindari aroma minyak wangi wanita lain dan bekas lipstik yang menempel di kemejanya.

6. Aku harus bekerja lebih masa
Ini juga yang paling sering di ucapkan suami kalau biasanya pasangan kamu selalu punya waktu untuk bermesra dengan kamu setelah pulang kerja dan sekarang dia selalu berkata sibuk dan bekerja lebih masa di tempat kerja sudah pasti dia pergi dengan kekasih hati barunya .

7. Aku masih mencintaimu dan ingin bersamamu
Saat ketahuan bercurang, kata ini yang umum keluar dari bibirnya. Pasalnya, dia bercurang bukan kerana tidak mencintai Anda lagi, tapi dia melakukannya kerana ingin keluar dari kenyataan. Dan kenyataannya, dia akan kehilangan Anda.

8. Aku tidak ingin menyakitimu
Saat suami ketahuan curang pasti suami akan mengucapkan kata tidak akan menyakiti pasanganya padahal dia sudah berulang kali menyakiti pasanganya kerana telah curang.

9. Aku tidak ingin kehilangan kamu
Kata ini adalah kata yang paling umum di kata kan suami ketika pasangan kamu 'kantoi' oleh kamu kerana takutnya kehilangan diri kamu suami akan selalu mengucapkan kata ini sehingga ada alasan kamu untuk memaafkan pasangan kamu.

10. Dia tidak bererti apa-apa untukku
Perlu kamu ketahui kata kata seperti ini hanyalah kata kata bohong yang di ucapkan suami sebenarnya ketika kalimat ini yang tercetus dari bibirnya, sebenarnya dia ingin mengatakan dia tidak menginginkan terhalang dengan kehadiran Anda.

Nah inilah ucapan suami ketika sedang curang semoga informasi ini dapat bermanfat bagi kamu jika pasangan kamu sedang curang...

Ye ke?

SUMBER
Baca Selanjutnya

Wednesday, November 23, 2011

Ulang Tahun Keputeraan Sultan Johor: Tiada Darjah Kebesaran


Kawan menjunjung kasih atas kebijaksanaan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Negeri Johor Darul Ta'zim kerana tidak mengurniakan sebarang darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraan baginda pada 26 Zulhijjah 1432 Hijrah bersamaan 22 November 2011.

Inilah kali kedua baginda berbuat demikian dan rakyat Johor khasnya dan warga Malaysia amnya, sudah tentu gembira dan menyambut baik keputusan baginda itu.

Mungkin orang politik, ahli-ahli perniagaan dan pegawai perkhidmatan awam yang ternanti-nantikan gelaran 'datuk' dan sebagainya, kecewa kerana tidak berpeluang mengumpul gelaran dan anugerah. Kawan kata mengumpul kerana itulah yang berlaku walaupun bukan di kalangan majoriti tetapi memang berlaku.

Malaysia adalah satu-satunya negara yang menganugerah terlalu banyak gelaran dan pingat serta bintang kebesaran di dunia. Manakan tidak, setiap negeri berbuat demikian selain Kerajaan Persekutuan dan Wilayah Persekutuan. Macam-macam gelaran diwujudkan sehingga ada yang melucukan.

Tindakan Sultan Ibrahim untuk tidak menganugerahi darjah dan bintang kebesaran serta pingat mengingatkan kawan kepada tindakan Almarhum ayahanda baginda, Sultan Iskandar semasa menjadi SPB Agong ke-8.

Menurut pegawai yang pernah bekhidmat di Istana Negara ketika itu, setiap kali senarai pencalonan dikemukakan untuk pertimbangan atau perkenan baginda, Almarhum Sultan Iskandar  akan bertanya dua perkara - berapa umur calon dan telah berapa lama berkhidmat (sekiranya calon tersebut pegawai kerajaan).

Baginda hanya akan perkenan penganugerahan kepada pegawai berumur 45 tahun ke atas kerana, menurut baginda, jika seseorang itu telah berumur 45 tahun pastinya beliau telah berkhidmat selama 20 tahun atau lebih.

Almarhum Sultan Iskandar cukup teliti dengan soal penganugerahan darjah atau bintang kebesaran semata-mata untuk memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja diberi pertimbangan. Ya, mereka yang benar-benar layak.  
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penerima darjah kebesaran yang membawa gelaran datuk begitu ramai. Sesetengahnya dua atau tiga kali menerima, cuma grednya berbeza. Ada yang dapat  dua  darjah kebesaran  dalam satu tahun, dari dua  negeri berlainan.
Selain itu, tidak kurang juga yang berumur bawah 40 tahun dan ada yang ---- selanjutnya baca di sini
Baca Selanjutnya

Thursday, November 17, 2011

Amah Indonesia ke Malaysia 1 Disember

Indonesia secara rasmi mengumumkan akan menyambung semula penghantaran pembantu rumah ke Malaysia mulai 1 Disember ini.

Keputusan berhubung perkara itu dibuat secara bersama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada mesyuarat dua hala di Nusa Dua malam semalam.

NONE"Saya dan Presiden SBY telah membuat keputusan  bersama supaya penghantaran tenaga kerja (sektor tidak formal) dari Indonesia  ke Malaysia akan disambung semula mulai 1 Dis yang akan datang ini.

"Sudah tentu berita ini akan disambut dengan begitu baik sekali di Malaysia kerana ini sudah begitu lama sekali dinanti-nantikan dan ini menunjukkan bahawa kesungguhan dan keikhlasan Presiden SBY untuk mencari penyelesaian secara postif untuk apa jua permasalahan yang berbangkit antara kedua-dua negara," kata Najib kepada wartawan Malaysia di Nusa Dua, malam semalam.

Katanya beliau telah menyampaikan penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia atas keputusan itu dengan harapan pelaksanaan keputusan itu akan berjalan lancar sesuai dengan pindaan yang dibuat ke atas memorandum pengambilan dan  penempatan tenaga kerja Indonesia yang ditandatangani kedua-dua belah pihak di Bandung pada Mei lalu.

Indonesian domestic helpers maidsMesyuarat dua hala itu adalah susulan kepada pertemuan kedua-dua pemimpin itu di Perundingan Tahunan yang diadakan di Lombok, Nusa Tenggara Barat, bulan lalu di mana kedua-dua bersetuju membuat keputusan bersama di Bali berhubung isu itu.

Pada pertemuan di Lombok itu mereka bersetuju untuk melihat laporan Pasukan Petugas Khas Bersama mengenai makanisme pelaksanaan persetujuan-persetujuan pada protokol bagi meminda Memorandum Persefahaman Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006.

Semalam, kedua-dua Menteri Sumber Manusia Malaysia Datuk Seri Dr S Subramaniam dan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimin Iskandar telah melaporkan kepada kedua-dua pemimpin mengenai makanisme pelaksanaan persetujuan itu.

Indonesia melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia.

Berikutan itu, kedua-dua negara berunding sehingga satu kata sepakat dicapai dengan penandatanganan protokol meminda beberapa peruntukan dalam memorandum persefahaman 2006 itu, yang diadakan di Bandung pada 30 Mei lalu.

domestic maids 070606 cookingBagaimanapun penerapan makanisme yang sesuai bagi pelaksanaan protokol itu berhubung perlindungan kepada pembantu rumah Indonesia dan majikan mereka oleh Pasukan Petugas Khas Bersama, menyebabkan penarikan balik moratorium itu tertangguh sehingga sekarang.

Dr Subramanian ketika menjelaskan mengenai persetujuan itu berkata antara perkara utama yang dipersetujukan ialah mengenai keperluan mengadakan kontrak kerja untuk pembantu rumah, kos pengambilan pembantu rumah Indonesia yang ditetapkan pada kadar RM4,511, wajib kursus selama 200 jam, cuti satu hari seminggu kepada pembantu rumah selain mereka dibenarkan memegang sendiri pasport.

Majikan pula hanya dibenarkan mengambil balik RM1,800 daripada kos yang mereka dahulukan kepada pekerja dengan memotong gaji tidak lebih daripada 50 peratus sebulan daripada pekerja mereka.

Perlindungan kepada majikan ialah mereka berhak mendapat bayaran balik sepenuhnya daripada ejen pekerja jika pembantu rumah mereka melarikan diri dalam tempoh enam bulan, jika mereka tidak mendapat pengganti.

- Bernama
Baca Selanjutnya

Wednesday, November 16, 2011

Mak Oii!!! Fasha Sandha ke ni? 'Seksanya'..

Yo9mZ GAMBAR FASHA SANDHA PARTI MAJALAH LISA

Majlis pelancaran majalah LISA versi Malaysia

Anda perasan atau tidak tarikh 11.11.11, cantik susunan nombor ini untuk melakukan sesuatu yang istimewa sebagai memori.

Kami pasti ramai pasangan bercinta di’luar sana bakal membawa hubungan mereka ke satu aras baru hari ini dengan ikatan pernikahan. Tahniah dari kami walau siapa pun diri anda.

Awal malam semalam, satu majlis pelancaran untuk sebuah majalah baru di’pasaran Malaysia LISA yang di’adaptasi dari keluaran luar negara.

Ramai hadirin yang turut serta memeriahkan majlis ini termasuk beberapa orang selebriti tempatan seperti Lisa Surihani, Nur Fazura, Liyana Jasmay, Awal Ashaari, Sazzy Falak, Shaheizy Sam & pastinya yang menjadi perhatian — Fasha Sandha.

Demi Tuhan kami tidak tahu nama khas pakaian yang cukup awesome di’kenakan oleh Fasha Sandha malam tadi tetapi menurut seorang ‘pakar fesyen’ yang bersama kami malam tadi, persalinan Fasha Sandha ini cukup berani & sesuai dengan tubuh badan’nya.

Lagi gambar dan baca seterusnya di sini


Baca Selanjutnya

Kecoh! Langit Terbelah Di Pontianak



Penduduk Pontianak di Kalimantan Barat heboh melihat langit di atas bandar itu "terbelah" tiga hari lalu namun pakar astronomi menjelaskan ia bukan kejadian luar biasa.

Pada kejadian selama 11 minit itu, terbentuk ruang jalur memanjang seolah-olah sebuah lebuh raya terbentang di langit antara awan yang bergumpal.

Peneliti Utama Astronomi-Astrofisika Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN) Thomas Djamaluddin berkata fenomena langit terbelah seperti itu sering berlaku ketika matahari terbit atau terbenam.

"Pernah muncul di Yogyakarta pada tahun 2010 lalu. Ia juga boleh berlaku di banyak tempat," Djamaluddin dipetik sebagai berkata oleh portal berita VIVAnews.

Beliau menjelaskan bahawa langit terbelah, dalam bahasa ilmiah dikenali dengan istilah "crepuscular ray", iaitu awan menghalang cahaya matahari ketika senja atau fajar.

Mengenai kejadian di Pontianak itu, Djamaluddin berkata penelitian terhadap foto langit terbelah itu memperlihatkan bahawa keadaan awan di arah barat adalah sangat tebal dan awan itulah yang menghalangi cahaya matahari.

 "Fenomena langit terbelah tidak ada kaitan sama sekali dengan cuaca melampau atau petanda bencana alam," katanya.
Baca Selanjutnya

Tuesday, November 15, 2011

Kritik AirAsia: Tony Fernandes bidas MP BN

 Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mengkritik semula tindakan beberapa ahli parlimen yang membidasnya semalam dengan berkata mereka telah menyalak di pokok yang salah.

Dalam tulisannya di laman mikro-blogging Twitter pagi ini, Fernandes menyoal mengapa ahli-ahli parlimen itu tidak mempertikaikan kos di lapangan terbang atau berjuang menurunkan cukai untuk rakyat.

NONESemalam, beberapa ahli parlimen BN membidas Fernandes berhubung pertukaran saham  AirAsia-MAS, dan menuduhnya menipu syarikat penerbangan negara itu. Seorang daripada mereka turut melabelkan beliau sebagai "pencuri".

Mengulas bidasan itu, Fernandes berkata apa yang telah dilakukan AirAsia adalah berjuang untuk memastikan penerbangan yang lebih murah untuk rakyat kebanyakan.

"Empat ahli parlimen itu telah mengkritik saya. Ini amat peribadi sepanjang tempoh lima tahun. Seorang MP kata saya ‘cabuli’ orang kampung yang miskin. Sebelum ini, orang kampung tak mampu terbang.

"Kami telah berusaha keras untuk menjadikan penerbangan sesuatu yang mampu (oleh semua orang) dan oleh kerana (usaha) kami,130 juta orang berjaya diterbangkan,” katanya di Twitter.

Fernandes, hari ini telah membatalkan sidang akhbarnya yang dijadualkan pagi tadi berhubung isu cukai lapangan terbang.

Walau bagaimanapun, beliau memuat-naikkan beberapa ulasan mengenai bayaran yang dikenakan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd dan Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT).


~Malaysiakini~
Baca Selanjutnya

Kerja 9 jam: Guru bukan TIKUS PUTIH

Pemuda PAS mendesak kerajaan membatalkan projek perintis sistem waktu bekerja sembilan jam bagi guru sekolah kerana ia didakwa "tidak wajar" dan "tidak munasabah".

Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, langkah itu bukan sahaja membazir, malah guru juga tidak boleh dijadikan "tikus makmal" dalam sistem pendidikan negara.

"Bahkan, banyak perkara berlaku dalam alam perguruan di luar daripada silibus pembelajaran (kendalian) mereka, justeru mengapa mereka perlu dibebankan dengan kajian perintis seperti ini?" kata Riduan.

Warga pendidik juga, tambah Riduan, terpaksa hadir ke program kokurikulum, sukan tahunan, aktiviti riadah di luar darjah, lawatan sambil belajar dan kursus wajib yang mesti diikuti.

"Bagaimana pula kerajaan boleh melahirkan murid yang cemerlang jika guru yang mengajar pelajar sering letih, lesu dan hilang semangat kerana perlu memenuhi masa bekerja seperti tenaga profesional yang lain?" soalnya.

Dalam kenyataannya hari ini, Riduan juga berkata, suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah menyebabkan banyak perkara memerlukan inisiatif sendiri kumpulan itu, termasuk mengeluarkan duit kocek sendiri.

PAS Sarawak cadang ikut masa pekerja biasa
wee ka siongTimbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong kelmarin dilaporkan berharap guru di empat negeri terlibat - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - tidak risau kerana kerajaan hanya membuat percubaan.

Sambil menegaskan ia bukan kata putus, Wee berkata, apabila projek rintis itu meyakinkan dan kesimpulan konkrit dibuat, barulah ia akan diperluas ke seluruh negara.

Projek yang akan dilaksanakan mulai Januari depan di empat negeri terbabit berasaskan kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

sarawak pas deputy commissioner iii jofri jaraieeSementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee (kanan) berkata, lebih baik kerajaan melaksanakan sistem waktu kerja guru seperti pekerja biasa antara jam 8 pagi hingga 5 petang, dengan lima hari bekerja dan dua hari cuti.

Katanya, melalui sistem itu, tugas harian boleh diselesaikan di pejabat dan pelajar juga boleh terus menyelesaikan tugasan harian di sekolah tanpa perlu dibawa balik ke rumah.

"Bagaimanapun, ini adalah tugas Kementerian Pelajaran untuk membuat kajian sepenuhnya agar semua pihak berpuas hati terhadap sebarang cadangan yang telah dikemukakan," katanya.

~Malaysiakini~
Baca Selanjutnya

Monday, November 14, 2011

"Najib Perdana Menteri Terakhir" Hanya Satu Perangkap?


Tidak dinafikan ramai yang tercari-cari buku bertajuk ‘Najib Perdana Menteri Terakhir’ dikebanyakkan kedai buku namun tidak menjumpainya. Jika berjumpa di kedai-kedai buku tertentu pun, apabila ditanya kepada penjual, mereka akan memaklumkan hanya menerima buku tersebut dalam kuantiti yang terlalu kecil. Apakah sebenarnya yang berlaku disebalik penyebaran buku ini dan siapakah sebenarnya Shahbudin Husin? Sumber yang layak dipercayai memberitahu penulis, buku tersebut sengaja diterbitkan bertujuan untuk mengetahui siapa sebenarnya yang menjadi duri dalam daging dalam pentadbiran Najib, terutama sekali mengenal pasti pemimpin UMNO yang berpotensi menentang Najib pada masa kini dan masa akan datang.
Menurut sumber tersebut lagi, Shahbudin Husin bukanlah penulis sebenar buku tersebut kerana dia dikategorikan sebagai wartawan suam-suam kuku malah dikalangan wartawan, namanya amat kurang dikenali.
 
Selanjutnya DI SINI
Baca Selanjutnya

Monday, October 31, 2011

Gadaffi mahu jadikan Malaysia contoh kepada Libya - Tun M




Putin: Siapa beri hak kepada Nato untuk bunuh Gadaffi

Gaddafi tidak wajar dibunuh

SHAH ALAM - Pembunuhan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi tidak sewajarnya dilakukan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, pihak berkenaan mempunyai kepentingan untuk berbuat demikian dan pada masa yang sama, media Barat melaporkan mengenai kekejaman didakwa dilakukannya.

“Saya sangsi dengan media itu kerana saya juga didakwa seorang diktator. Saya tahu semua ini tidak benar.

“Namun ia berjaya dilakukan terhadap Gaddafi kerana beliau tidak mempunyai perancangan untuk membangunkan negara dan bangsanya,” katanya.

Mahathir berkata, Gaddafi seorang yang peramah dan suka bertanya mengenai negara kita.

“Saya percaya beliau mahu menjadikan negara ini contoh kepada Libya. Namun cita-cita Gaddafi tidak berjaya,” katanya.

Menurut Mahathir, ramai tidak tahu Gaddafi mempunyai perancangan untuk memajukan Libya. Beliau memulakan projek pengairan di kawasan pantai dan membina sungai.

Katanya, kontraktor dari Korea telah membina saluran paip untuk memberi kemudahan kepada petani dan peladang di kawasan pedalaman.

Namun, kata Mahathir, Gaddafi hidup dalam ketaku-tan apabila Barat cuba membunuh karier politiknya sehingga terpaksa bertemu dengan pelawat di dalam khemah yang dikelilingi tembok.

“Saya dan isteri (Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali) pernah makan tengah hari bersamanya di tempat yang mewah, tetapi bukan di dalam istana,” katanya.

Sambil menyifatkan perkara ini sepatutnya tidak berlaku, kata Mahathir, “Saya sedih dengan apa yang dilakukan oleh negara demokrasi bertamadun (terhadap Gaddafi).”

Katanya, Gaddafi sepatutnya ditahan dan dibicarakan ke atas kesalahan dilakukan terlebih dahulu, bukan dibunuh.

“Saya berdoa dan berharap Libya akan mendapat kerajaan yang baik dan pemimpin yang benar-benar boleh menerajui Libya selepas kematian Gaddafi melalui sistem pilihan raya yang bersih.

“Dan mereka yang bercita-cita menjadi pemimpin pula perlu bersedia untuk kalah dalam pilihan raya itu nanti,” katanya.






Baca Selanjutnya

Thursday, October 27, 2011

Kebenaran tentang jatuhnya GADDAFI di Libya

ANAK TERBAIK BUMI AFRIKA





JAWAPAN SAYA KEPADA TUAN




Tuan yang saya muliakan:

Tuan menulis kepada saya dan bertanya kenapa saya memberi penghormatan kepada Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis dan mengutuk Kolonel Gadaffi. Tuan terus bertanya dan menghambat dengan soalan kenapa saya bersimpati dengan seorang ditaktor yang telah merampas kuasa semenjak tahun 1969. Tuan bertanya apakah saya tidak tahu bahawa selama 42 tahun ini Libya tidak pernah melihat kepimpinan selain dari Kolonel Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis tentang kezaliman yang berlaku di Libya.

Tuan yang saya muliakan,

Saya juga disedarkan bahawa Kolonel Gadaffi ini telah memberi pembelajaran percuma dari sekolah rendah hingga ke universiti di Libya. Saya juga sedar bahawa Gadaffi memberi warga Libya perubatan percuma. Saya juga sedar yang Gadaffi telah menggunakan duit minyak petrol untuk membuat rumah dan memberikan secara percuma kepada warga Libya.

Saya juga sedar Gadaffi memberi sokongan kepada banyak perjuangan pembebasan antarabangsa pada tahun-tahun 70’an dahulu. Sokongan dana dan diplomatik untuk PLO, Japanese Red Army, IRA dari Ireland Utara, ETA dari Sepanyol – termasuk juga menyokong dan memberi dana dan senjata kepada Moro National Liberation Front dari Mindano.

Dalam masa yang sama - saya amat sedar bahawa ruang demokrasi amat sempit di Libya. Saya sedar Gadaffi memerintah Libya tanpa ada pemilihan. Gadaffi naik tahtha kerana rampasan kuasa. Dalam hal ruang demokrasi saya tidak bersama menyokong Gaddafi.

Malah ketika Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), ABIM, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Melaya (PBMUM) - mengangkat dan menjulang Kolonel Gadaffi pada tahun tujuh puluhan dahulu – saya secara sinis telah mentertawakan kumpulan kumpulan ini. Ketika ini Gaddafi sedang menjual agama dengan Buku Hijaunya. Gadaffi membuat Buku Hijau kerana Pengerusi Mao pada ketika itu ada Buku Merah. Saya tersenyum sinis apabila melihat kumpulan-kumpulan Islam amat senang ditipu. Saya perhatikan mereka memiliki kecetekkan fikrah dan gagal untuk memahami konsep ruang demokrasi yang lebih luas.

Ini berlaku lebih dari 30 tahun dahulu. Ini ketika saya telah bangun menyokong perjuangan adil rakyat Vietnam. Kita saya menyokong pejungan rakyat Kamboja. Kita kami anak muda keluar ke jalan raya untuk bersetiakawan dengan rakyat Palestine dan warga Afrika Selatan. Ketika ini anak muda seluruh dunia sedang bangun melawan kuasa imperialis Anglo-Amerika.

Biar saya jelaskan disini. Saya tidak pernah menghalalkan apa sahaja bentuk kezaliman. Sama ada kezaliman yang dilakukan kerana idealoji kiri seperti di Russia dan di China, atau kerana dogma agama di Iran dan Pakistan atau atas nama keselamatan seperti di Malaysia dan di Israel. Kezaliman adalah kezaliman tidak kira dari mana datangnya. Yang dizalimi tetap terseksa.

Tuan yang saya hormati,

Disini biar saya luaskan pandangan siasah agar kita bukan hanya memahami Gaddafi dengan Buku Hijaunya atau dengan Libya wujud tanpa pilihanraya. Saya ingin membuka wacana yang lebih luas. Dalam bahasa German, saya ingin membuka wacana realpolitik – politik yang dieja dengan huruf k. Saya harapkan apa yang saya huraikan ini akan membuka fikrah kita bersama untuk melihat tanda dan makna politik yang sedang berlaku dihadapan mata kepala kita.

sambungan DI SINI
Baca Selanjutnya

REMAJA DAN KEBEBASAN


http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTqLYp-mmiudkIfa9sBcqznRqEREGBJ-R4TRmBTvpw0tizRM7tEEA

KEBEBASAN adalah suatu konsep yang diimpikan oleh setiap manusia. Kebebasan adalah cara hidup yang sedang dicari oleh remaja. Kebebasan berfikir, kebebasan bersuara, kebebasan bertingkah laku selalunya menjadi idaman setiap remaja.


Namun, kebebasan harus difahami dengan betul dan digunakan dengan bijaksana. Jika tidak, kebebasan akan memakan diri sendiri.

Memang fitrah kejadian manusia sukakan kebebasan. Jika boleh, bebas seperti burung yang terbang ke sana ke mari tanpa halangan. Jiwa bebas sentiasa menjadi naluri manusia dan remaja.

Dalam Islam kebebasan dipandu oleh pedoman. Pedoman daripada al-Quran menggariskan kebebasan berasaskan syariat. Syariat mengaturkan makna kebebasan iaitu boleh dan tidak boleh.

Apabila remaja mengetahui sempadan kebebasan, maka kehidupan menjadi teratur dan tertib, tetapi kebebasan yang tidak ada batasan boleh menyebabkan tingkah laku remaja melampaui batas.

Kebebasan menuntut ilmu bagi remaja adalah terbuka luas. Bagi remaja Islam, sebelum mempelajari ilmu-ilmu dari tamadun lain, ia harus terlebih dahulu memahami ilmu-ilmu Islam terutama dalam bidang akidah, ibadah, syariah dan akhlak.

Menguasai ilmu-ilmu asas ini adalah penting bagi remaja kerana ilmu-ilmu Barat dan Timur dapat difahami dengan pedoman agama. Bayangkan kalau para remaja arif tentang ilmu Barat dan kerdil memahami ilmu-ilmu Islam, ia menyebabkan jalan berfikir yang tidak seimbang.

Tidak salah para remaja mempelajari ilmu Barat dan Timur dalam segala bidang, tetapi kefahaman ilmu-ilmu Islam boleh menjadi pedoman yang terbaik bagi remaja supaya tidak mudah terpengaruh dengan ilmu-ilmu yang merosakkan.

Begitu juga dalam pergaulan. Para remaja Islam tidak boleh bergaul secara lepas bebas. Kadangkala berlaku pergaulan yang melanggar batasan syarak.

Ia menyebabkan para remaja terjebak dengan perlakuan zina, menyalahgunakan dadah dan hidup berpoya-poya. Pergaulan sesama remaja perlu ada batasnya. Dengan adanya batasan dapat mencegah remaja melakukan kemungkaran. Itulah maksud syariat dalam pergaulan.

Oleh kerana remaja mempunyai nafsu, kadang-kadang nafsu tidak boleh dikawal. Ia menyebabkan remaja terdedah dengan dosa. Tetapi dengan kawalan dan pedoman, para remaja dapat hidup dengan terkawal dan tertib. Ia amat perlu bagi remaja supaya potensi dirinya tidak dirosakkan oleh keadaan dan suasana.
Kebebasan memberi makna yang sangat berharga bagi remaja tetapi kebebasan yang disalahgunakan boleh membawa kerosakan terhadap potensi remaja.

Remaja bakal menjadi ibu dan bapa yang memiliki amanah sebagai sumber contoh untuk membentuk anak-anak. sekiranya zaman remaja lagi kawalan diri tidak berlaku, amalan mungkar menjadi kelaziman pada remaja, tidak mungkin bila berumah tangga nanti tabiat itu tidak diwarisi.
Remaja juga bakal menjadi ahli ilmu dan pemikir. Ilmu yang diperolehi dan fikiran yang berkembang mestilah mempunyai etika dan nilai. Ilmu yang beretika dan pemikiran yang berasaskan nilai bakat membentuk manusia yang dewasa dan matang.

Remaja juga bakal menjadi pemimpin. Pemimpin yang baik adalah yang tangkas dan cergas dan yang paling penting pemimpin contoh yang menjadi contoh sumber ikutan.
Watak seperti ini hanya berlaku sekiranya para remaja dapat membangunkan potensi diri dengan memahami batas boleh dan tidak boleh dan batas dosa dan pahala.

Oleh itu, amat penting bagi remaja memiliki watak yang stabil supaya para remaja memiliki kekuatan untuk mengharungi hidup.

Hidup remaja di zaman globalisasi amat terdedah dengan pelbagai pengaruh. Pengaruh siber umpamanya menjadi suatu kegemaran yang amat diminati remaja.

SUMBER: Cikgu Ayu
Baca Selanjutnya

Wednesday, October 26, 2011

Selamat Hari Deepavali Untuk Kawan2 Yang Beragama Hindu




Aku ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada rakan-rakan aku di FB  yang beragama Hindu ( Ravinthran JB, Ruthira Surasan, dll ) dan untuk
semua rakyat Malaysia beragama Hindu di seluruh negara umumnya.

diucapkan..pada  yg menyambut perayaan ini..
pasang lampu elok2..mercun jangan lupa..
Baju raya Deepavali jgn lupe gosok kemas2 :).
Jom makan maruku..



Baca Selanjutnya