
Putin: Siapa beri hak kepada Nato untuk bunuh Gadaffi
Gaddafi tidak wajar dibunuh
SHAH ALAM - Pembunuhan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi tidak sewajarnya dilakukan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya,
pihak berkenaan mempunyai kepentingan untuk berbuat demikian dan pada
masa yang sama, media Barat melaporkan mengenai kekejaman didakwa
dilakukannya.
“Saya sangsi dengan media itu kerana saya juga didakwa seorang diktator. Saya tahu semua ini tidak benar.
“Namun ia berjaya dilakukan terhadap Gaddafi kerana beliau tidak mempunyai perancangan untuk membangunkan negara dan bangsanya,” katanya.
Mahathir berkata, Gaddafi seorang yang peramah dan suka bertanya mengenai negara kita.
“Saya percaya beliau mahu menjadikan negara ini contoh kepada Libya. Namun cita-cita Gaddafi tidak berjaya,” katanya.
Menurut
Mahathir, ramai tidak tahu Gaddafi mempunyai perancangan untuk
memajukan Libya. Beliau memulakan projek pengairan di kawasan pantai dan
membina sungai.
Katanya,
kontraktor dari Korea telah membina saluran paip untuk memberi
kemudahan kepada petani dan peladang di kawasan pedalaman.
Namun,
kata Mahathir, Gaddafi hidup dalam ketaku-tan apabila Barat cuba
membunuh karier politiknya sehingga terpaksa bertemu dengan pelawat di
dalam khemah yang dikelilingi tembok.
“Saya
dan isteri (Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali) pernah makan tengah hari
bersamanya di tempat yang mewah, tetapi bukan di dalam istana,” katanya.
Sambil menyifatkan perkara ini sepatutnya tidak berlaku, kata Mahathir, “Saya sedih dengan apa yang dilakukan oleh negara demokrasi bertamadun (terhadap Gaddafi).”
Katanya, Gaddafi sepatutnya ditahan dan dibicarakan ke atas kesalahan dilakukan terlebih dahulu, bukan dibunuh.
“Saya
berdoa dan berharap Libya akan mendapat kerajaan yang baik dan pemimpin
yang benar-benar boleh menerajui Libya selepas kematian Gaddafi melalui
sistem pilihan raya yang bersih.
“Dan mereka yang bercita-cita menjadi pemimpin pula perlu bersedia untuk kalah dalam pilihan raya itu nanti,” katanya.

No comments:
Post a Comment