Wednesday, November 23, 2011

Ulang Tahun Keputeraan Sultan Johor: Tiada Darjah Kebesaran


Kawan menjunjung kasih atas kebijaksanaan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Negeri Johor Darul Ta'zim kerana tidak mengurniakan sebarang darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraan baginda pada 26 Zulhijjah 1432 Hijrah bersamaan 22 November 2011.

Inilah kali kedua baginda berbuat demikian dan rakyat Johor khasnya dan warga Malaysia amnya, sudah tentu gembira dan menyambut baik keputusan baginda itu.

Mungkin orang politik, ahli-ahli perniagaan dan pegawai perkhidmatan awam yang ternanti-nantikan gelaran 'datuk' dan sebagainya, kecewa kerana tidak berpeluang mengumpul gelaran dan anugerah. Kawan kata mengumpul kerana itulah yang berlaku walaupun bukan di kalangan majoriti tetapi memang berlaku.

Malaysia adalah satu-satunya negara yang menganugerah terlalu banyak gelaran dan pingat serta bintang kebesaran di dunia. Manakan tidak, setiap negeri berbuat demikian selain Kerajaan Persekutuan dan Wilayah Persekutuan. Macam-macam gelaran diwujudkan sehingga ada yang melucukan.

Tindakan Sultan Ibrahim untuk tidak menganugerahi darjah dan bintang kebesaran serta pingat mengingatkan kawan kepada tindakan Almarhum ayahanda baginda, Sultan Iskandar semasa menjadi SPB Agong ke-8.

Menurut pegawai yang pernah bekhidmat di Istana Negara ketika itu, setiap kali senarai pencalonan dikemukakan untuk pertimbangan atau perkenan baginda, Almarhum Sultan Iskandar  akan bertanya dua perkara - berapa umur calon dan telah berapa lama berkhidmat (sekiranya calon tersebut pegawai kerajaan).

Baginda hanya akan perkenan penganugerahan kepada pegawai berumur 45 tahun ke atas kerana, menurut baginda, jika seseorang itu telah berumur 45 tahun pastinya beliau telah berkhidmat selama 20 tahun atau lebih.

Almarhum Sultan Iskandar cukup teliti dengan soal penganugerahan darjah atau bintang kebesaran semata-mata untuk memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja diberi pertimbangan. Ya, mereka yang benar-benar layak.  
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penerima darjah kebesaran yang membawa gelaran datuk begitu ramai. Sesetengahnya dua atau tiga kali menerima, cuma grednya berbeza. Ada yang dapat  dua  darjah kebesaran  dalam satu tahun, dari dua  negeri berlainan.
Selain itu, tidak kurang juga yang berumur bawah 40 tahun dan ada yang ---- selanjutnya baca di sini
Baca Selanjutnya

Thursday, November 17, 2011

Amah Indonesia ke Malaysia 1 Disember

Indonesia secara rasmi mengumumkan akan menyambung semula penghantaran pembantu rumah ke Malaysia mulai 1 Disember ini.

Keputusan berhubung perkara itu dibuat secara bersama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada mesyuarat dua hala di Nusa Dua malam semalam.

NONE"Saya dan Presiden SBY telah membuat keputusan  bersama supaya penghantaran tenaga kerja (sektor tidak formal) dari Indonesia  ke Malaysia akan disambung semula mulai 1 Dis yang akan datang ini.

"Sudah tentu berita ini akan disambut dengan begitu baik sekali di Malaysia kerana ini sudah begitu lama sekali dinanti-nantikan dan ini menunjukkan bahawa kesungguhan dan keikhlasan Presiden SBY untuk mencari penyelesaian secara postif untuk apa jua permasalahan yang berbangkit antara kedua-dua negara," kata Najib kepada wartawan Malaysia di Nusa Dua, malam semalam.

Katanya beliau telah menyampaikan penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia atas keputusan itu dengan harapan pelaksanaan keputusan itu akan berjalan lancar sesuai dengan pindaan yang dibuat ke atas memorandum pengambilan dan  penempatan tenaga kerja Indonesia yang ditandatangani kedua-dua belah pihak di Bandung pada Mei lalu.

Indonesian domestic helpers maidsMesyuarat dua hala itu adalah susulan kepada pertemuan kedua-dua pemimpin itu di Perundingan Tahunan yang diadakan di Lombok, Nusa Tenggara Barat, bulan lalu di mana kedua-dua bersetuju membuat keputusan bersama di Bali berhubung isu itu.

Pada pertemuan di Lombok itu mereka bersetuju untuk melihat laporan Pasukan Petugas Khas Bersama mengenai makanisme pelaksanaan persetujuan-persetujuan pada protokol bagi meminda Memorandum Persefahaman Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006.

Semalam, kedua-dua Menteri Sumber Manusia Malaysia Datuk Seri Dr S Subramaniam dan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimin Iskandar telah melaporkan kepada kedua-dua pemimpin mengenai makanisme pelaksanaan persetujuan itu.

Indonesia melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia.

Berikutan itu, kedua-dua negara berunding sehingga satu kata sepakat dicapai dengan penandatanganan protokol meminda beberapa peruntukan dalam memorandum persefahaman 2006 itu, yang diadakan di Bandung pada 30 Mei lalu.

domestic maids 070606 cookingBagaimanapun penerapan makanisme yang sesuai bagi pelaksanaan protokol itu berhubung perlindungan kepada pembantu rumah Indonesia dan majikan mereka oleh Pasukan Petugas Khas Bersama, menyebabkan penarikan balik moratorium itu tertangguh sehingga sekarang.

Dr Subramanian ketika menjelaskan mengenai persetujuan itu berkata antara perkara utama yang dipersetujukan ialah mengenai keperluan mengadakan kontrak kerja untuk pembantu rumah, kos pengambilan pembantu rumah Indonesia yang ditetapkan pada kadar RM4,511, wajib kursus selama 200 jam, cuti satu hari seminggu kepada pembantu rumah selain mereka dibenarkan memegang sendiri pasport.

Majikan pula hanya dibenarkan mengambil balik RM1,800 daripada kos yang mereka dahulukan kepada pekerja dengan memotong gaji tidak lebih daripada 50 peratus sebulan daripada pekerja mereka.

Perlindungan kepada majikan ialah mereka berhak mendapat bayaran balik sepenuhnya daripada ejen pekerja jika pembantu rumah mereka melarikan diri dalam tempoh enam bulan, jika mereka tidak mendapat pengganti.

- Bernama
Baca Selanjutnya

Wednesday, November 16, 2011

Mak Oii!!! Fasha Sandha ke ni? 'Seksanya'..

Yo9mZ GAMBAR FASHA SANDHA PARTI MAJALAH LISA

Majlis pelancaran majalah LISA versi Malaysia

Anda perasan atau tidak tarikh 11.11.11, cantik susunan nombor ini untuk melakukan sesuatu yang istimewa sebagai memori.

Kami pasti ramai pasangan bercinta di’luar sana bakal membawa hubungan mereka ke satu aras baru hari ini dengan ikatan pernikahan. Tahniah dari kami walau siapa pun diri anda.

Awal malam semalam, satu majlis pelancaran untuk sebuah majalah baru di’pasaran Malaysia LISA yang di’adaptasi dari keluaran luar negara.

Ramai hadirin yang turut serta memeriahkan majlis ini termasuk beberapa orang selebriti tempatan seperti Lisa Surihani, Nur Fazura, Liyana Jasmay, Awal Ashaari, Sazzy Falak, Shaheizy Sam & pastinya yang menjadi perhatian — Fasha Sandha.

Demi Tuhan kami tidak tahu nama khas pakaian yang cukup awesome di’kenakan oleh Fasha Sandha malam tadi tetapi menurut seorang ‘pakar fesyen’ yang bersama kami malam tadi, persalinan Fasha Sandha ini cukup berani & sesuai dengan tubuh badan’nya.

Lagi gambar dan baca seterusnya di sini


Baca Selanjutnya

Kecoh! Langit Terbelah Di Pontianak



Penduduk Pontianak di Kalimantan Barat heboh melihat langit di atas bandar itu "terbelah" tiga hari lalu namun pakar astronomi menjelaskan ia bukan kejadian luar biasa.

Pada kejadian selama 11 minit itu, terbentuk ruang jalur memanjang seolah-olah sebuah lebuh raya terbentang di langit antara awan yang bergumpal.

Peneliti Utama Astronomi-Astrofisika Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN) Thomas Djamaluddin berkata fenomena langit terbelah seperti itu sering berlaku ketika matahari terbit atau terbenam.

"Pernah muncul di Yogyakarta pada tahun 2010 lalu. Ia juga boleh berlaku di banyak tempat," Djamaluddin dipetik sebagai berkata oleh portal berita VIVAnews.

Beliau menjelaskan bahawa langit terbelah, dalam bahasa ilmiah dikenali dengan istilah "crepuscular ray", iaitu awan menghalang cahaya matahari ketika senja atau fajar.

Mengenai kejadian di Pontianak itu, Djamaluddin berkata penelitian terhadap foto langit terbelah itu memperlihatkan bahawa keadaan awan di arah barat adalah sangat tebal dan awan itulah yang menghalangi cahaya matahari.

 "Fenomena langit terbelah tidak ada kaitan sama sekali dengan cuaca melampau atau petanda bencana alam," katanya.
Baca Selanjutnya

Tuesday, November 15, 2011

Kritik AirAsia: Tony Fernandes bidas MP BN

 Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mengkritik semula tindakan beberapa ahli parlimen yang membidasnya semalam dengan berkata mereka telah menyalak di pokok yang salah.

Dalam tulisannya di laman mikro-blogging Twitter pagi ini, Fernandes menyoal mengapa ahli-ahli parlimen itu tidak mempertikaikan kos di lapangan terbang atau berjuang menurunkan cukai untuk rakyat.

NONESemalam, beberapa ahli parlimen BN membidas Fernandes berhubung pertukaran saham  AirAsia-MAS, dan menuduhnya menipu syarikat penerbangan negara itu. Seorang daripada mereka turut melabelkan beliau sebagai "pencuri".

Mengulas bidasan itu, Fernandes berkata apa yang telah dilakukan AirAsia adalah berjuang untuk memastikan penerbangan yang lebih murah untuk rakyat kebanyakan.

"Empat ahli parlimen itu telah mengkritik saya. Ini amat peribadi sepanjang tempoh lima tahun. Seorang MP kata saya ‘cabuli’ orang kampung yang miskin. Sebelum ini, orang kampung tak mampu terbang.

"Kami telah berusaha keras untuk menjadikan penerbangan sesuatu yang mampu (oleh semua orang) dan oleh kerana (usaha) kami,130 juta orang berjaya diterbangkan,” katanya di Twitter.

Fernandes, hari ini telah membatalkan sidang akhbarnya yang dijadualkan pagi tadi berhubung isu cukai lapangan terbang.

Walau bagaimanapun, beliau memuat-naikkan beberapa ulasan mengenai bayaran yang dikenakan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd dan Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT).


~Malaysiakini~
Baca Selanjutnya

Kerja 9 jam: Guru bukan TIKUS PUTIH

Pemuda PAS mendesak kerajaan membatalkan projek perintis sistem waktu bekerja sembilan jam bagi guru sekolah kerana ia didakwa "tidak wajar" dan "tidak munasabah".

Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, langkah itu bukan sahaja membazir, malah guru juga tidak boleh dijadikan "tikus makmal" dalam sistem pendidikan negara.

"Bahkan, banyak perkara berlaku dalam alam perguruan di luar daripada silibus pembelajaran (kendalian) mereka, justeru mengapa mereka perlu dibebankan dengan kajian perintis seperti ini?" kata Riduan.

Warga pendidik juga, tambah Riduan, terpaksa hadir ke program kokurikulum, sukan tahunan, aktiviti riadah di luar darjah, lawatan sambil belajar dan kursus wajib yang mesti diikuti.

"Bagaimana pula kerajaan boleh melahirkan murid yang cemerlang jika guru yang mengajar pelajar sering letih, lesu dan hilang semangat kerana perlu memenuhi masa bekerja seperti tenaga profesional yang lain?" soalnya.

Dalam kenyataannya hari ini, Riduan juga berkata, suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah menyebabkan banyak perkara memerlukan inisiatif sendiri kumpulan itu, termasuk mengeluarkan duit kocek sendiri.

PAS Sarawak cadang ikut masa pekerja biasa
wee ka siongTimbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong kelmarin dilaporkan berharap guru di empat negeri terlibat - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - tidak risau kerana kerajaan hanya membuat percubaan.

Sambil menegaskan ia bukan kata putus, Wee berkata, apabila projek rintis itu meyakinkan dan kesimpulan konkrit dibuat, barulah ia akan diperluas ke seluruh negara.

Projek yang akan dilaksanakan mulai Januari depan di empat negeri terbabit berasaskan kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

sarawak pas deputy commissioner iii jofri jaraieeSementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee (kanan) berkata, lebih baik kerajaan melaksanakan sistem waktu kerja guru seperti pekerja biasa antara jam 8 pagi hingga 5 petang, dengan lima hari bekerja dan dua hari cuti.

Katanya, melalui sistem itu, tugas harian boleh diselesaikan di pejabat dan pelajar juga boleh terus menyelesaikan tugasan harian di sekolah tanpa perlu dibawa balik ke rumah.

"Bagaimanapun, ini adalah tugas Kementerian Pelajaran untuk membuat kajian sepenuhnya agar semua pihak berpuas hati terhadap sebarang cadangan yang telah dikemukakan," katanya.

~Malaysiakini~
Baca Selanjutnya

Monday, November 14, 2011

"Najib Perdana Menteri Terakhir" Hanya Satu Perangkap?


Tidak dinafikan ramai yang tercari-cari buku bertajuk ‘Najib Perdana Menteri Terakhir’ dikebanyakkan kedai buku namun tidak menjumpainya. Jika berjumpa di kedai-kedai buku tertentu pun, apabila ditanya kepada penjual, mereka akan memaklumkan hanya menerima buku tersebut dalam kuantiti yang terlalu kecil. Apakah sebenarnya yang berlaku disebalik penyebaran buku ini dan siapakah sebenarnya Shahbudin Husin? Sumber yang layak dipercayai memberitahu penulis, buku tersebut sengaja diterbitkan bertujuan untuk mengetahui siapa sebenarnya yang menjadi duri dalam daging dalam pentadbiran Najib, terutama sekali mengenal pasti pemimpin UMNO yang berpotensi menentang Najib pada masa kini dan masa akan datang.
Menurut sumber tersebut lagi, Shahbudin Husin bukanlah penulis sebenar buku tersebut kerana dia dikategorikan sebagai wartawan suam-suam kuku malah dikalangan wartawan, namanya amat kurang dikenali.
 
Selanjutnya DI SINI
Baca Selanjutnya