Betulkah orang Melayu cerdik ada di luar negara? Yang tinggal di dalam negara ini adalah majoriti Melayu hampas saja? Bagi saya, ya!
Sebab itu, bila kita sebut agenda perubahan seperti pendidikan percuma. Ramai yang tolak dan tidak bersetuju. Katanya negara akan bankrap jika pendidikan percuma dilaksanakan.
Orang Melayu hampas ini, senang untuk diperbodohkan. Mereka mengaku diri mereka Islam. Masa zaman kesultanan Melayu Melaka dahulu, pendidikan diberi percuma. Zaman para anbia' juga pendidikan diberikan percuma. Kalau empayar kerajaan Islam bankrap, tentu masyarakat Melayu masih menyembah Rama, Krishna, Surya dan lain-lain Tuhan Hindu. Pendidikan percuma telah menguatkan empayar kerajaan Islam sehingga agama Islam tersebar luas hingga ke Tanah Melayu.
Kalau masih tak faham atau tak nampak sikap Melayu hampas ini, silalah lihat hal minyak petrol. Kita ada RON95 dan RON97. Jika ikutkan kualiti, saya pilih RON97. Memang dari segi harga ia mahal. Tapi untuk Melayu hampas ini, mereka pilih RON95 kerana ia murah. Ia juga merupakan hadiah daripada Najib yang 1Malaysia itu. Nampak tak? Melayu hampas memilih petrol berkualiti hampas dan tidak protes kenaikan harga RON97. Sebab orang Melayu hampas berfikiran murahan, ikat perut, ala kadar dan sikap 'tak apalah'. Saya difahamkan oleh juruwang di stesen minyak, bahawa 80% pengunjung stesen minyaknya membeli minyak RON95.
Saya ke Singapura kerana saya mahu menjadi Melayu yang maju. Punya wang untuk menyara diri dan beli barang berkualiti.Bukan duduk Malaysia untuk menyeksa diri dengan produk ciplak dari China dan produk second hand Jepun.
Untuk memahami sesebuah negara itu, adalah sangat mudah. Nak faham Malaysia? Lihat saja pada pemimpinnya. Tak mahukah anda lihat pada pemimpin anda? Wajarkah untuk kita lihat sebuah syarikat itu dengan hanya melihat bosnya? Pada saya wajar. Kerana pemimpin atau bos itulah yang memegang keputusan dan masadepan negara atau pun syarikat itu.
Kadang-kadang memang dah hakikat sesebuah negara itu memerlukan malapetaka yang lebih besar untuk mengajak masyarakat di dalamnya insaf dan pandang kepada agenda perubahan. Contohnya, Myanmar. Mungkin Myanmar sukar untuk diubah jika tak berlaku pembunuhan beramai-ramai hingga ada gambar yang memaparkan sami-sami Buddha mati bergelimpangan akibat ditembak tentera yang dipimpin oleh junta (ketua) tentera yang zalim. Hari ini Aung San Suu Kyi telah menang pilihanraya di Myanmar, apabila partinya memenangi 43 kerusi daripada 44 kerusi yang dipertandingkan. Manakala kita masih menghitung hari. Saya takkan terkejut kalau ekonomi Myanmar akan mendahului Malaysia dalam 5-7 tahun akan datang.
Malaysia bagi saya, merupakan sebuah negara yang hanya layak untuk diduduki oleh kroni atau pun kaki ampu kepada orang kaya. Jika anda orang miskin, bantuan akan sampai di waktu pilihanraya umum. Nah! Jika anda selesa begitu, bagaimana pula dengan rakyat kelas pertengahan? Siapa yang peduli dengan kelas yang bukan bawah dan bukan atas ini?
Saya rasa hanya Singapura yang peduli. Sebab itu saya ke Singapura. Negara ini menawarkan kerja kuli yang bergaji RM1,900 hingga RM3,300. Tempat tinggal percuma, makanan murah dan hanya perlu jalan kaki ke tempat kerja. Tak perlu pilih RON lama atau baru. MRT boleh bawa anda hingga ke Joo Koon atau hingga ke Changi dengan caj yang amat berpatutan.
Mungkin ada satu-dua Melayu hampas tadi, yang baru kahwin dah mula nampak apa yang tak kena dengan negara ini. Khususnya dalam hal kenaikan harga barang dan soal keselamatan. Takut anak kena culik untuk dirogol dan kemudian dibakar. Melayu hampas yang bujang-bujang yang lain masih gembira menghirup Teh Tarik atau ABC dan makan Roti Canai atau Nasi Ayam. Sangat selesa dan serba bersyukur.
Semua masalah disapu kemas ke bawah karpet. Inilah perumpamaan yang boleh kita beri di atas tindakan media yang suka memperbodohkan rakyat dengan memutarbelitkan isu semasa dan mensensasikan hiburan lebih daripada isu semasa.
Jangan merungut jika satu hari nanti, Melayu cerdik akan menguasai Melayu hampas ini melalui pembelian hartanah. Sebab nak masuk politik, sistem pilihanraya pun tak adil. Nak protes pun kena tangkap dan dicederakan. Akhirnya, jalan yang paling realistik bukan jalanraya, tetapi wang.
Mengakulah, bahawa polis kita boleh dibeli, ahli politik kita boleh dibeli, mahkamah kita boleh dibeli, sijil Halal JAKIM kita boleh dibeli dan lain-lain. Takkanlah hartanah tidak boleh dibeli juga?
Orang tua-tua kata, politik itu mesti ada tanah dan air. Sebab itu mereka panggil 'politik tanah air'. Kalau saya beli tanah-tanah Melayu hampas dari Singapura dengan duit dolar? Melayu hampas ini kita humbankan mereka ke dalam air. Tatkala itu polis FRU akan bantu kita untuk mengosongkan tanah Melayu hampas yang bakal dibeli itu.
-Sumber-


