Showing posts with label info umum. Show all posts
Showing posts with label info umum. Show all posts

Friday, April 6, 2012

Melayu Boleh: Bertudung Yang Menggiurkan










Gadis Melayu kini ramai yang bertudung berbanding dengan dulu. Satu perkembangan yang bagus demi menjaga siasah rupa diri supaya lebih mencerminkan peribadi seorang Islam. Dulu ke sekolah pun kita memakai uniform yang “diwarisi” dari penjajah British. Maka yang lelaki berseluar pendek dan yang perempuan pula dengan gaun pendek. Mulai 1990-an uniform sekolah telah bertukar kepada seluar panjang bagi lelaki dan baju kurung dan bertudung untuk perempuan. Kemas dan sopan.


Tetapi pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa ?”

1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut !

2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.
3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai

Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.
4. Bertepuk bertampar dengan lelaki

Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?

5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai
Ini antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri.

Baca Selanjutnya

'Melayu Hampas' Senang Diperbodohkan


Betulkah orang Melayu cerdik ada di luar negara? Yang tinggal di dalam negara ini adalah majoriti Melayu hampas saja? Bagi saya, ya!

Sebab itu, bila kita sebut agenda perubahan seperti pendidikan percuma. Ramai yang tolak dan tidak bersetuju. Katanya negara akan bankrap jika pendidikan percuma dilaksanakan.

Orang Melayu hampas ini, senang untuk diperbodohkan. Mereka mengaku diri mereka Islam. Masa zaman kesultanan Melayu Melaka dahulu, pendidikan diberi percuma. Zaman para anbia' juga pendidikan diberikan percuma. Kalau empayar kerajaan Islam bankrap, tentu masyarakat Melayu masih menyembah Rama, Krishna, Surya dan lain-lain Tuhan Hindu. Pendidikan percuma telah menguatkan empayar kerajaan Islam sehingga agama Islam tersebar luas hingga ke Tanah Melayu.


Kalau masih tak faham atau tak nampak sikap Melayu hampas ini, silalah lihat hal minyak petrol. Kita ada RON95 dan RON97. Jika ikutkan kualiti, saya pilih RON97. Memang dari segi harga ia mahal. Tapi untuk Melayu hampas ini, mereka pilih RON95 kerana ia murah. Ia juga merupakan hadiah daripada Najib yang 1Malaysia itu. Nampak tak? Melayu hampas memilih petrol berkualiti hampas dan tidak protes kenaikan harga RON97. Sebab orang Melayu hampas berfikiran murahan, ikat perut, ala kadar dan sikap 'tak apalah'. Saya difahamkan oleh juruwang di stesen minyak, bahawa 80% pengunjung stesen minyaknya membeli minyak RON95.

Saya ke Singapura kerana saya mahu menjadi Melayu yang maju. Punya wang untuk menyara diri dan beli barang berkualiti.Bukan duduk Malaysia untuk menyeksa diri dengan produk ciplak dari China dan produk second hand Jepun.

Untuk memahami sesebuah negara itu, adalah sangat mudah. Nak faham Malaysia? Lihat saja pada pemimpinnya. Tak mahukah anda lihat pada pemimpin anda? Wajarkah untuk kita lihat sebuah syarikat itu dengan hanya melihat bosnya? Pada saya wajar. Kerana pemimpin atau bos itulah yang memegang keputusan dan masadepan negara atau pun syarikat itu.



Kadang-kadang memang dah hakikat sesebuah negara itu memerlukan malapetaka yang lebih besar untuk mengajak masyarakat di dalamnya insaf dan pandang kepada agenda perubahan. Contohnya, Myanmar. Mungkin Myanmar sukar untuk diubah jika tak berlaku pembunuhan beramai-ramai hingga ada gambar yang memaparkan sami-sami Buddha mati bergelimpangan akibat ditembak tentera yang dipimpin oleh junta (ketua) tentera yang zalim. Hari ini Aung San Suu Kyi telah menang pilihanraya di Myanmar, apabila partinya memenangi 43 kerusi daripada 44 kerusi yang dipertandingkan. Manakala kita masih menghitung hari. Saya takkan terkejut kalau ekonomi Myanmar akan mendahului Malaysia dalam 5-7 tahun akan datang.


Malaysia bagi saya, merupakan sebuah negara yang hanya layak untuk diduduki oleh kroni atau pun kaki ampu kepada orang kaya. Jika anda orang miskin, bantuan akan sampai di waktu pilihanraya umum. Nah! Jika anda selesa begitu, bagaimana pula dengan rakyat kelas pertengahan? Siapa yang peduli dengan kelas yang bukan bawah dan bukan atas ini?

Saya rasa hanya Singapura yang peduli. Sebab itu saya ke Singapura. Negara ini menawarkan kerja kuli yang bergaji RM1,900 hingga RM3,300. Tempat tinggal percuma, makanan murah dan hanya perlu jalan kaki ke tempat kerja. Tak perlu pilih RON lama atau baru. MRT boleh bawa anda hingga ke Joo Koon atau hingga ke Changi dengan caj yang amat berpatutan.

Mungkin ada satu-dua Melayu hampas tadi, yang baru kahwin dah mula nampak apa yang tak kena dengan negara ini. Khususnya dalam hal kenaikan harga barang dan soal keselamatan. Takut anak kena culik untuk dirogol dan kemudian dibakar. Melayu hampas yang bujang-bujang yang lain masih gembira menghirup Teh Tarik atau ABC dan makan Roti Canai atau Nasi Ayam. Sangat selesa dan serba bersyukur.

Semua masalah disapu kemas ke bawah karpet. Inilah perumpamaan yang boleh kita beri di atas tindakan media yang suka memperbodohkan rakyat dengan memutarbelitkan isu semasa dan mensensasikan hiburan lebih daripada isu semasa.

Jangan merungut jika satu hari nanti, Melayu cerdik akan menguasai Melayu hampas ini melalui pembelian hartanah. Sebab nak masuk politik, sistem pilihanraya pun tak adil. Nak protes pun kena tangkap dan dicederakan. Akhirnya, jalan yang paling realistik bukan jalanraya, tetapi wang.

Mengakulah, bahawa polis kita boleh dibeli, ahli politik kita boleh dibeli, mahkamah kita boleh dibeli, sijil Halal JAKIM kita boleh dibeli dan lain-lain. Takkanlah hartanah tidak boleh dibeli juga?

Orang tua-tua kata, politik itu mesti ada tanah dan air. Sebab itu mereka panggil 'politik tanah air'. Kalau saya beli tanah-tanah Melayu hampas dari Singapura dengan duit dolar? Melayu hampas ini kita humbankan mereka ke dalam air. Tatkala itu polis FRU akan bantu kita untuk mengosongkan tanah Melayu hampas yang bakal dibeli itu.

-Sumber-
Baca Selanjutnya

Bekas OCPD Dedah Pengkhianatan UMNO Kepada Negara

Tukang Basuh Pinggan Kedai Mamak Pun Boleh Jadi Warganegara!



DUNGUN – Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar berkata beliau masuk PAS kerana PAS adalah parti yang sah di sisi undang-undang Negara kerana PAS berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS).

Selain itu, katanya, beliau menyertai PAS kerana parti itu dipimpin oleh tokoh-tokoh ulamak yang ingin membawa Negara ini kepada pemerintahan Islam.“saya masuk PAS kerana PAS bukan parti ‘haram’ dan PAS di pimpin oleh tokoh-tokoh yang berpendidikan Islam, mempunyai maruah,

“bukan seperti mana parti ‘Melayu’ disebelah sana (Umno), yang kebanyakkan tokoh-tokoh dan kepimpinan tinggi mereka terlibat dengan pelbagai skandal,”ujanya.

Haji Abdullah berkata PAS bkan parti haram, yang haram hanya dua, parti komunis dan parti buruh].Beliau berkata demikian dalam Majlis Penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang di Kampung Pak Sabah, dekat sini, pada Selasa 24 Januari.

Beliau menyifatkan Umno parti pengkhianat kerana membawa masuk warga asing, diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara.Katanya, ‘pendatang haram’ tersebut menjadi pengundi dan menyebabkan kerajaan Terengganu jatuh dalam pilihanraya ke 11 pada tahun 2004.

“sebelum pilihanraya 2004, mereka (Umno) bawa 2,000 orang Myanmar bangsa Rohingya yang boleh bercakap Melayu, yang rupa mereka pun lebih kurang muka kita, “melalui Langkawi pergi ke Ladang Seri Bandi (DUN Kijal Terengganu), mereka di beri kerja dengan gaji RM18 sehari, diberi kad pengenalan, jadi pengundi yang jatuhkan kerajaan PAS pada tahun 2004,”jelasnya.

Menurutnya, ‘modus operandi’ yang sama telah dilakukan Umno pada tahun 2008 membawa masuk warga asing yang sama ke dalam parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi Perdana menteri, dato’ Seri Najib Razak.


Sebaliknya suatu masa dulu, kata beliau, sewaktu masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, sesiapa yang mahu memohon menjadi warganegara Malaysia mestilah dikalangan mereka yang ‘profesional’. Namun sekarang, menurutnya, kerana pengkhianatan Umno kepada Negara, pekerja basuh pinggan di kedai mamak pun boleh menjadi warganegara Malaysia.

Turut menyampaikan ucapan dalam Majlis tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ustaz Kamaruzzaman, Naib YDP Dungun Ustaz Azman Shapawi dan Pengerusi WARIS Ustaz Roslan Ismail.

SUMBER
Baca Selanjutnya

Thursday, November 17, 2011

Amah Indonesia ke Malaysia 1 Disember

Indonesia secara rasmi mengumumkan akan menyambung semula penghantaran pembantu rumah ke Malaysia mulai 1 Disember ini.

Keputusan berhubung perkara itu dibuat secara bersama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada mesyuarat dua hala di Nusa Dua malam semalam.

NONE"Saya dan Presiden SBY telah membuat keputusan  bersama supaya penghantaran tenaga kerja (sektor tidak formal) dari Indonesia  ke Malaysia akan disambung semula mulai 1 Dis yang akan datang ini.

"Sudah tentu berita ini akan disambut dengan begitu baik sekali di Malaysia kerana ini sudah begitu lama sekali dinanti-nantikan dan ini menunjukkan bahawa kesungguhan dan keikhlasan Presiden SBY untuk mencari penyelesaian secara postif untuk apa jua permasalahan yang berbangkit antara kedua-dua negara," kata Najib kepada wartawan Malaysia di Nusa Dua, malam semalam.

Katanya beliau telah menyampaikan penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia atas keputusan itu dengan harapan pelaksanaan keputusan itu akan berjalan lancar sesuai dengan pindaan yang dibuat ke atas memorandum pengambilan dan  penempatan tenaga kerja Indonesia yang ditandatangani kedua-dua belah pihak di Bandung pada Mei lalu.

Indonesian domestic helpers maidsMesyuarat dua hala itu adalah susulan kepada pertemuan kedua-dua pemimpin itu di Perundingan Tahunan yang diadakan di Lombok, Nusa Tenggara Barat, bulan lalu di mana kedua-dua bersetuju membuat keputusan bersama di Bali berhubung isu itu.

Pada pertemuan di Lombok itu mereka bersetuju untuk melihat laporan Pasukan Petugas Khas Bersama mengenai makanisme pelaksanaan persetujuan-persetujuan pada protokol bagi meminda Memorandum Persefahaman Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006.

Semalam, kedua-dua Menteri Sumber Manusia Malaysia Datuk Seri Dr S Subramaniam dan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimin Iskandar telah melaporkan kepada kedua-dua pemimpin mengenai makanisme pelaksanaan persetujuan itu.

Indonesia melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia.

Berikutan itu, kedua-dua negara berunding sehingga satu kata sepakat dicapai dengan penandatanganan protokol meminda beberapa peruntukan dalam memorandum persefahaman 2006 itu, yang diadakan di Bandung pada 30 Mei lalu.

domestic maids 070606 cookingBagaimanapun penerapan makanisme yang sesuai bagi pelaksanaan protokol itu berhubung perlindungan kepada pembantu rumah Indonesia dan majikan mereka oleh Pasukan Petugas Khas Bersama, menyebabkan penarikan balik moratorium itu tertangguh sehingga sekarang.

Dr Subramanian ketika menjelaskan mengenai persetujuan itu berkata antara perkara utama yang dipersetujukan ialah mengenai keperluan mengadakan kontrak kerja untuk pembantu rumah, kos pengambilan pembantu rumah Indonesia yang ditetapkan pada kadar RM4,511, wajib kursus selama 200 jam, cuti satu hari seminggu kepada pembantu rumah selain mereka dibenarkan memegang sendiri pasport.

Majikan pula hanya dibenarkan mengambil balik RM1,800 daripada kos yang mereka dahulukan kepada pekerja dengan memotong gaji tidak lebih daripada 50 peratus sebulan daripada pekerja mereka.

Perlindungan kepada majikan ialah mereka berhak mendapat bayaran balik sepenuhnya daripada ejen pekerja jika pembantu rumah mereka melarikan diri dalam tempoh enam bulan, jika mereka tidak mendapat pengganti.

- Bernama
Baca Selanjutnya

Wednesday, November 16, 2011

Kecoh! Langit Terbelah Di Pontianak



Penduduk Pontianak di Kalimantan Barat heboh melihat langit di atas bandar itu "terbelah" tiga hari lalu namun pakar astronomi menjelaskan ia bukan kejadian luar biasa.

Pada kejadian selama 11 minit itu, terbentuk ruang jalur memanjang seolah-olah sebuah lebuh raya terbentang di langit antara awan yang bergumpal.

Peneliti Utama Astronomi-Astrofisika Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN) Thomas Djamaluddin berkata fenomena langit terbelah seperti itu sering berlaku ketika matahari terbit atau terbenam.

"Pernah muncul di Yogyakarta pada tahun 2010 lalu. Ia juga boleh berlaku di banyak tempat," Djamaluddin dipetik sebagai berkata oleh portal berita VIVAnews.

Beliau menjelaskan bahawa langit terbelah, dalam bahasa ilmiah dikenali dengan istilah "crepuscular ray", iaitu awan menghalang cahaya matahari ketika senja atau fajar.

Mengenai kejadian di Pontianak itu, Djamaluddin berkata penelitian terhadap foto langit terbelah itu memperlihatkan bahawa keadaan awan di arah barat adalah sangat tebal dan awan itulah yang menghalangi cahaya matahari.

 "Fenomena langit terbelah tidak ada kaitan sama sekali dengan cuaca melampau atau petanda bencana alam," katanya.
Baca Selanjutnya

Thursday, October 27, 2011

REMAJA DAN KEBEBASAN


http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTqLYp-mmiudkIfa9sBcqznRqEREGBJ-R4TRmBTvpw0tizRM7tEEA

KEBEBASAN adalah suatu konsep yang diimpikan oleh setiap manusia. Kebebasan adalah cara hidup yang sedang dicari oleh remaja. Kebebasan berfikir, kebebasan bersuara, kebebasan bertingkah laku selalunya menjadi idaman setiap remaja.


Namun, kebebasan harus difahami dengan betul dan digunakan dengan bijaksana. Jika tidak, kebebasan akan memakan diri sendiri.

Memang fitrah kejadian manusia sukakan kebebasan. Jika boleh, bebas seperti burung yang terbang ke sana ke mari tanpa halangan. Jiwa bebas sentiasa menjadi naluri manusia dan remaja.

Dalam Islam kebebasan dipandu oleh pedoman. Pedoman daripada al-Quran menggariskan kebebasan berasaskan syariat. Syariat mengaturkan makna kebebasan iaitu boleh dan tidak boleh.

Apabila remaja mengetahui sempadan kebebasan, maka kehidupan menjadi teratur dan tertib, tetapi kebebasan yang tidak ada batasan boleh menyebabkan tingkah laku remaja melampaui batas.

Kebebasan menuntut ilmu bagi remaja adalah terbuka luas. Bagi remaja Islam, sebelum mempelajari ilmu-ilmu dari tamadun lain, ia harus terlebih dahulu memahami ilmu-ilmu Islam terutama dalam bidang akidah, ibadah, syariah dan akhlak.

Menguasai ilmu-ilmu asas ini adalah penting bagi remaja kerana ilmu-ilmu Barat dan Timur dapat difahami dengan pedoman agama. Bayangkan kalau para remaja arif tentang ilmu Barat dan kerdil memahami ilmu-ilmu Islam, ia menyebabkan jalan berfikir yang tidak seimbang.

Tidak salah para remaja mempelajari ilmu Barat dan Timur dalam segala bidang, tetapi kefahaman ilmu-ilmu Islam boleh menjadi pedoman yang terbaik bagi remaja supaya tidak mudah terpengaruh dengan ilmu-ilmu yang merosakkan.

Begitu juga dalam pergaulan. Para remaja Islam tidak boleh bergaul secara lepas bebas. Kadangkala berlaku pergaulan yang melanggar batasan syarak.

Ia menyebabkan para remaja terjebak dengan perlakuan zina, menyalahgunakan dadah dan hidup berpoya-poya. Pergaulan sesama remaja perlu ada batasnya. Dengan adanya batasan dapat mencegah remaja melakukan kemungkaran. Itulah maksud syariat dalam pergaulan.

Oleh kerana remaja mempunyai nafsu, kadang-kadang nafsu tidak boleh dikawal. Ia menyebabkan remaja terdedah dengan dosa. Tetapi dengan kawalan dan pedoman, para remaja dapat hidup dengan terkawal dan tertib. Ia amat perlu bagi remaja supaya potensi dirinya tidak dirosakkan oleh keadaan dan suasana.
Kebebasan memberi makna yang sangat berharga bagi remaja tetapi kebebasan yang disalahgunakan boleh membawa kerosakan terhadap potensi remaja.

Remaja bakal menjadi ibu dan bapa yang memiliki amanah sebagai sumber contoh untuk membentuk anak-anak. sekiranya zaman remaja lagi kawalan diri tidak berlaku, amalan mungkar menjadi kelaziman pada remaja, tidak mungkin bila berumah tangga nanti tabiat itu tidak diwarisi.
Remaja juga bakal menjadi ahli ilmu dan pemikir. Ilmu yang diperolehi dan fikiran yang berkembang mestilah mempunyai etika dan nilai. Ilmu yang beretika dan pemikiran yang berasaskan nilai bakat membentuk manusia yang dewasa dan matang.

Remaja juga bakal menjadi pemimpin. Pemimpin yang baik adalah yang tangkas dan cergas dan yang paling penting pemimpin contoh yang menjadi contoh sumber ikutan.
Watak seperti ini hanya berlaku sekiranya para remaja dapat membangunkan potensi diri dengan memahami batas boleh dan tidak boleh dan batas dosa dan pahala.

Oleh itu, amat penting bagi remaja memiliki watak yang stabil supaya para remaja memiliki kekuatan untuk mengharungi hidup.

Hidup remaja di zaman globalisasi amat terdedah dengan pelbagai pengaruh. Pengaruh siber umpamanya menjadi suatu kegemaran yang amat diminati remaja.

SUMBER: Cikgu Ayu
Baca Selanjutnya

Wednesday, October 26, 2011

Selamat Hari Deepavali Untuk Kawan2 Yang Beragama Hindu




Aku ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada rakan-rakan aku di FB  yang beragama Hindu ( Ravinthran JB, Ruthira Surasan, dll ) dan untuk
semua rakyat Malaysia beragama Hindu di seluruh negara umumnya.

diucapkan..pada  yg menyambut perayaan ini..
pasang lampu elok2..mercun jangan lupa..
Baju raya Deepavali jgn lupe gosok kemas2 :).
Jom makan maruku..



Baca Selanjutnya

Memahami Konsep ‘One World Government’



Salah satu agenda terpenting pada awal penubuhan Illuminati ialah memastikan seluruh kerajaan-kerajaan dunia bersatu menjadi One World Government (Satu Kerajaan Dunia). Konsep ini adalah idea utama yang dicanang oleh Adam Weishaupt untuk menarik golongan elit menyertai Illuminati.

Semasa menghasut dan memujuk golongan elit untuk menyertai Illuminati, Weishaupt berhujah bahawa seluruh peperangan yang berlaku di dunia hanya boleh dihentikan jika semua kerajaan-kerajaan bersatu di bawah satu payung pentadbiran sahaja.

Payung itu pula hendaklah dikuasai oleh golongan cerdik pandai yang berlatar belakangkan akademik dan profesional atau ahli ekonomi.

Weishaupt juga berhujah bahawa peperangan yang berlaku di dunia adalah berpunca dari sikap tamak golongan pertengahan dan kerabat diraja yang tidak mementingkan rakyat. Hujah Weishaupt ketika itu memang tepat pada masanya kerana Eropah ketika waktu tersebut sedang berada di zaman kegelapan.

Golongan bawahan dan ahli akademik sememangnya ternanti-nantikan seorang hero yang akan membawa revolusi menghapuskan kekejaman golongan pertengahan dan diraja.

Fakta dan idea yang dibina Dajjal untuk digunakan Weishaupt amat tepat ketika itu, maka dalam masa yang singkat ramai golongan elit teruja dengan idea One World Government.

Perbezaan konsep New World Order dan One World Government

Konsep New World Order (NWO) dan One World Government (OWG) adalah bersumberkan dari pertubuhan yang sama iaitu Illuminati. Perbezaannya hanya dapat dilihat dari segi tarikh pengenalan dan fungsi konsep kedua-dua idea tersebut.

Konsep OWG diperkenalkan selaras dengan penubuhan Illuminati iaitu pada 1776 oleh Adam Weishaupt. Konsep ini diguna pakai oleh Weishaupt untuk dijadikan matlamat penubuhan Illuminati dan objektif kepada gerak kerja masyarakat Yahudi elit.

Konsep NWO pula mengikut teori konspirasi mula diperkenalkan pada 1782 pada cop mohor kerajaan Amerika iaitu The Great Seal of the United States.

The Great Seal yang mempunyai gambar piramid itu juga mempunyai suatu perkataan latin yang ditulis sebagai Novus Ordo Seclorum atau New World Order.

Pada tahun 1935, kedua-dua cop mohor di atas telah dicetak di bahagian belakang wang kertas 1 dollar Amerika. Kemudian pada 11 September 1991, Presiden George H.W. Bush telah mengumumkan perlaksanaan New World Order di persidangan kongres.

Ringkasnya, NWO adalah perlembagaan tersembunyi bagi pentadbiran One World Government.

PBB ialah One World Government

Adakah One World Government yang dicanangkan Illuminati sudah tercapai? YA, ia sudah tercapai sebanyak 70 peratus dengan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Penubuhan amat unik dan sama konsep penubuhannya seperti mana yang dihujahkan oleh Adam Weishaupt apabila ingin menarik orang ramai memasuki Illuminati.

PBB yang ditubuhkan pada 1945 itu diasaskan selepas tamatnya Perang Dunia Ke-2. Ianya ditubuh khusus untuk menghentikan peperangan antara negara dan memastikan setiap isu diselesaikan melalui dialog (walaupun Amerika sendiri tidak mempraktikkannya).

PBB sebenarnya adalah objek realisasi yang berasaskan konsep One World Government. Ciri-ciri asas sebuah kerajaan ialah ia mempunyai menteri-menteri yang membantunya di bawah setiap kementerian.

Kerajaan pula asasnya mempunyai peringkat Persekutuan dan Negeri. Di dalam PBB, ia berfungsi sebagai Federal Government dan negara-negara yang menganggotainya adalah State Government.

Manakala setiap kerajaan mempunyai tentera tersendiri dan PBB juga mempunyai tentera pengaman tersendiri. Begitulah PBB jika diperhatikan konsep penubuhannya satu persatu dan dibandingkan pula dengan kehendak One World Government.

Cuma yang terkurang di dalam PBB ialah ia tidak mempunyai Ketua Kerajaan sebagaimana sebuah kerajaan biasa yang diketuai oleh Presiden atau Perdana Menteri.

PBB hanya mempromosikan Setiausaha Agung sebagai orang terpenting di dalamnya, manakala soal dasar ekonomi, polisi luar adalah daripada keputusan majlis keselamatan yang dianggotai oleh negara-negara kuasa veto.

Kemungkinan kita perlu lihat nanti negara manakah yang akan mencadangkan bahawa PBB perlu seorang Presiden PBB (Ketua One World Government) dan siapa pula yang bakal dilantik untuk menduduki kerusi pertama Presdien PBB.

Wallahu’alam…

Rencana Rakyat
Baca Selanjutnya