Showing posts with label pas masuk umno. Show all posts
Showing posts with label pas masuk umno. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

Pandangan Dr Khir Toyo Tentang Bajet 2012 Oleh Kerajaan




1. Ada dua perkara yang menarik perhatian saya dalam pembentangan Bajet 2012 oleh YAB Perdana Menteri minggu lalu.

2. Pertamanya pemansuhan semua yuran sekolah rendah dan menengah. Dan keduanya pemberian bantuan RM 500 kepada keluarga berpendapatan RM 3, 000 dan ke bawah. Kedua-dua perkara ini sangat dekat dengan hati rakyat berpendapatan rendah namun ia memerlukan pemantauan dan mekanisme pelaksana yang cekap.

3. Penghapusan yuran sekolah pernah diumumkan sebelum ini dalam Bajet beberapa tahun lalu. Namun ia tidak terhapus sepenuhnya kerana ada yuran yang masih dikutip bagi menampung tabung sekolah untuk perjalanan aktiviti dan juga pentadbiran.

4. Dengan penghapusan sepenuhnya ini, kerajaan perlu memperuntukan dana kepada sekolah sebagai ganti penghapusan yuran ini. Selain itu, pentadbiran sekolah harus diperingatkan agar tidak mewujudkan sebarang bentuk kutipan yuran tambahan dan sebagainya sehingga memberi gambaran seolah-olah pengumuman kerajaan mengenai sekolah kebangsaan yang percuma sepenuhnya hanya satu sandiwara.

Mekanisme Bantuan RM 500

5. Pelaksanaan cadangan pemberian RM 500 kepada setiap isi rumah yang berpendapatan di bawah RM 3, 000 merupakan satu cabaran yang sangat besar kepada jentera kerajaan. Ini kerana kerajaan perlu mengenal pasti keluarga yang berpendapatan di bawah RM 3, 000 bagi mengelakkan berlakunya penipuan dan juga penganiayaan.

6. Kebergantungan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak akan banyak membantu kerana kebanyakan mereka yang berpendapatan di bawah RM 3, 000 di luar bandar bukan kumpulan yang "makan gaji".

7. Saranan pendaftaran melalui LHDN bukan sahaja akan menambah beban kerja agensi tersebut malah akan menyusahkan golongan sasaran di luar bandar. Adalah kurang wajar untuk meminta ketua isi rumah yang berada di kampung-kampung e LHDN bagi mengisi borang pendaftaran dan pengisytiharan hanya semata-mata untuk satu bayaran sekali sahaja berjumlah RM500.00.

8. Sungguhpun jumlah ini agak besar namun janganlah sampai pelaksanaannya menyebabkan RM 500 tersebut tinggal RM 300 kerana mereka yang layak terpaksa menghabiskan wang ke bandar untuk mendaftar dengan LHDN.

7. Justeru penggunaan jentera di peringkat akar umbi sangat penting bagi membantu kumpulan sasar ini. Oleh kerana Bajet 2012 dianggap tidak relevan oleh pembangkang, maka kerajaan perlu bekerjasama dengan Barisan Nasional bagi mengenal pasti dan menyediakan pangkalan data kumpulan sasar ini.

8. Jentera politik Barisan Nasional di peringkat bawahan boleh digunakan untuk menghantar nama berserta bukti perkahwinan dan juga pengesahan pendapatan oleh Penghulu atau Ketua Kampung bagi setiap nama yang dihantar. Senarai ini kemudiannya perlu disemak oleh pegawai kerajaan bagi memastikan ada ketelusan dan kejujuran dalam pelaksanaannya.

9. Cadangan penggunaan Pos Malaysia sebagai agen pembayaran sangat tepat memandangkan ia mempunyai rangkaian yang meluas dan cekap termasuk di kawasan luar bandar.

10. Lebih penting pemberian ini perlu dilakukan setelah senarai dimuktamadkan agar ia tidak menimbulkan kekeliruan apabila ada pihak yang telah dapat dan ada pula yang belum dapat.

11. Kerajaan juga perlu melaksanakan pemberian ini sebelum pilihan raya umum ke-13 atau berhadapan dengan tuduhan pembangkang bahawa ia hanya sandiwara pilihan raya.

12. Apa yang rakyat mahukan adalah kejujuran kerajaan dan kesungguhan YAB Datuk Seri Najib diterjemahkan. Biar nanti rakyat akan berkata indah khabar, indah lagi rupanya bukannya "indah Khabar dari Rupa".


Dr Mohamad Khir Toyo at Tuesday, October 11, 2011
Baca Selanjutnya

Thursday, October 13, 2011

Fuhh!!! 298 ahli PAS masuk UMNO!!! Yo iyo ko?



"Saya terima penyerahan borang keahlian UMNO dari Abg Din dan Zahari. Seramai 298 ahli Pas masuk UMNO.Malam sungguh bersejarah,paling ramai masuk UMNO." Kata Tok Pa.


Hmm.. aku dah dengar cerita atau berita Ahli-Ahli PAS keluar PAS masuk UMNO di Kelantan ni lama dah.. tapi sampai ke hari ini PAS masih tidak tumbang di Kelantan..

Lebih teruk lagi ialah PKR.. bila dekat saja dengan pilihanraya beribu-ribu Ahli PKR keluar PKR masuk UMNO, kalau ditolak semua ahli PKR yang keluar tu dari jumlah keahlian PKR mungkin tinggal Wan Azizah dengan Anwar saja…

Betulkah Ahli PAS/PKR/DAP keluar PAS/PKR/DAP masuk UMNO/BN tu.. atau Ahli UMNO/BN masuk UMNO/BN??

Cari propaganda lainlah UMNO.. dah tak laku dah propaganda macam ni..




Sokongan terhadap UMNO semakin pulih - Mustapa


TANAH MERAH 12 Okt. - Kegagalan kerajaan Pas Kelantan menunaikan janji mereka untuk membantu rakyat dan membangunkan negeri ini menyebabkan semakin ramai penyokong tegar parti itu kini beralih kepada UMNO.

Terbaru, seramai 300 penyokong setia Pas di Ulu Kusial, dekat sini bertekad menyertai UMNO kerana merasa tertipu oleh Pas lebih-lebih lagi pemimpin tempatannya yang dianggap tidak cakna rakyat.

Penyerahan borang keahlian mereka diserahkan sendiri kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Taman Perumahan Ulu Kusial, dekat sini malam tadi.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.





Bekas Ketua Pas Cawangan Kampung Kusial Baharu, Zahari Mamat, 46, berkata, perjuangannya dalam Pas selama ini tidak berguna ekoran pemimpin parti itu yang tidak peka kepada masalah rakyat.

"Saya sudah menjadi ahli Pas ketika berumur 18 tahun dan memegang banyak jawatan dalam cawangan ini dan selama itulah setiap tahun saya akan kecewa dengan Pas.

"Apabila saya fikirkan semula, pemimpin UMNO lebih banyak buat kerja membantu rakyat di kawasan saya. Malah mereka lebih dikenali di sini berbanding pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini," tegasnya.

Rakannya, Kamaruddin Abd. Halim, 48, mengingatkan rakan-rakannya yang taksub kepada Pas agar sedar dan meninggalkan parti itu demi kepentingan keluarga masing-masing.

"Sejak boleh mengundi pada umur 21 tahun, saya menjadi penyokong kuat Pas pada bila-bila sahaja pilihan raya dan kami akan lakukan apa sahaja untuk tewaskan UMNO.

"Tetapi untuk pilihan raya akan datang, kami akan berjuang memberi kemenangan kepada UMNO untuk memerintah negeri ini dan membawa kemajuan di Ulu Kusial," katanya.

Sementara itu, Mustapa ketika berucap pada majlis itu menyatakan kesyukuran dengan kesedaran ramai ahli Pas yang kini mula terbuka hati mereka untuk menyertai UMNO.

"Saya sangat gembira dengan keadaan ini, jika dahulu mereka menjauhi UMNO tetapi sekarang tidak lagi, mereka begitu berminat menyertai program yang kita anjurkan.

"Ribuan penyokong Pas pula menyertai UMNO yang membuktikan sokongan kepada UMNO semakin pulih dan kita akan pastikan nasib mereka terbela," katanya.







Berita dari Lidah Rasmi UMNO
Gambar pula dari FB Tok Pa sendiri

Dari blog Anak Sungai Derhaka
Baca Selanjutnya