
Kawan menjunjung kasih atas kebijaksanaan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Negeri Johor Darul Ta'zim kerana tidak mengurniakan sebarang darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraan baginda pada 26 Zulhijjah 1432 Hijrah bersamaan 22 November 2011.
Inilah kali kedua baginda berbuat demikian dan rakyat Johor khasnya dan
warga Malaysia amnya, sudah tentu gembira dan menyambut baik keputusan
baginda itu.
Mungkin orang politik, ahli-ahli perniagaan dan pegawai perkhidmatan
awam yang ternanti-nantikan gelaran 'datuk' dan sebagainya, kecewa
kerana tidak berpeluang mengumpul gelaran dan anugerah. Kawan kata
mengumpul kerana itulah yang berlaku walaupun bukan di kalangan majoriti
tetapi memang berlaku.
Malaysia adalah satu-satunya negara yang menganugerah terlalu banyak
gelaran dan pingat serta bintang kebesaran di dunia. Manakan tidak,
setiap negeri berbuat demikian selain Kerajaan Persekutuan dan Wilayah
Persekutuan. Macam-macam gelaran diwujudkan sehingga ada yang melucukan.
Tindakan Sultan Ibrahim untuk tidak menganugerahi darjah dan bintang
kebesaran serta pingat mengingatkan kawan kepada tindakan Almarhum
ayahanda baginda, Sultan Iskandar semasa menjadi SPB Agong ke-8.
Menurut pegawai yang pernah bekhidmat di Istana Negara ketika itu,
setiap kali senarai pencalonan dikemukakan untuk pertimbangan atau
perkenan baginda, Almarhum Sultan Iskandar akan bertanya dua perkara -
berapa umur calon dan telah berapa lama berkhidmat (sekiranya calon
tersebut pegawai kerajaan).
Baginda hanya akan perkenan penganugerahan kepada pegawai berumur 45
tahun ke atas kerana, menurut baginda, jika seseorang itu telah berumur
45 tahun pastinya beliau telah berkhidmat selama 20 tahun atau lebih.
Almarhum Sultan Iskandar cukup teliti dengan soal penganugerahan darjah
atau bintang kebesaran semata-mata untuk memastikan mereka yang
benar-benar layak sahaja diberi pertimbangan. Ya, mereka yang
benar-benar layak.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penerima darjah kebesaran yang
membawa gelaran datuk begitu ramai. Sesetengahnya dua atau tiga kali
menerima, cuma grednya berbeza. Ada yang dapat dua darjah kebesaran
dalam satu tahun, dari dua negeri berlainan.
"Saya
dan Presiden SBY telah membuat keputusan bersama supaya penghantaran
tenaga kerja (sektor tidak formal) dari Indonesia ke Malaysia akan
disambung semula mulai 1 Dis yang akan datang ini.
Mesyuarat
dua hala itu adalah susulan kepada pertemuan kedua-dua pemimpin itu di
Perundingan Tahunan yang diadakan di Lombok, Nusa Tenggara Barat, bulan
lalu di mana kedua-dua bersetuju membuat keputusan bersama di Bali
berhubung isu itu.
Bagaimanapun
penerapan makanisme yang sesuai bagi pelaksanaan protokol itu berhubung
perlindungan kepada pembantu rumah Indonesia dan majikan mereka oleh
Pasukan Petugas Khas Bersama, menyebabkan penarikan balik moratorium itu
tertangguh sehingga sekarang.

Semalam,
beberapa ahli parlimen BN membidas Fernandes berhubung pertukaran
saham AirAsia-MAS, dan menuduhnya menipu syarikat penerbangan negara
itu. Seorang daripada mereka turut melabelkan beliau sebagai "pencuri".
Timbalan
Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong kelmarin dilaporkan berharap guru
di empat negeri terlibat - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - tidak
risau kerana kerajaan hanya membuat percubaan.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee (kanan)
berkata, lebih baik kerajaan melaksanakan sistem waktu kerja guru
seperti pekerja biasa antara jam 8 pagi hingga 5 petang, dengan lima
hari bekerja dan dua hari cuti.







Peguam itu mengesahkan ia bermaksud Aziz boleh menyambung tugasnya seperti biasa esok.
Zulqarnain percaya bahawa penarikan terhadap Aziz ekoran tekanan daripada kakitangan universiti, mahasiswa, ahli akademik dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan orang awam.
Selepas bermulanya siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab terhdemadapnya.



